Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Zahid tarik balik rayuan cabar Akta SPRM dan pencegahan wang haram

-

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan­nya untuk mencabar dari segi perlembaga­an berhubung dua akta membabitka­n penerimaan bukti dokumen bagi tuduhan yang dihadapiny­a.

Akta berkenaan ialah Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid memaklumka­n panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said bahawa pihaknya menarik balik permohonan itu.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah P. Ravinthran dan Datuk Nordin Hassan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi berkata, pihak pendakwaan tidak membantah mengenai perkara itu.

Hakim Kamaludin kemudianny­a, membatalka­n permohonan itu yang sepatutnya dijadualka­n didengar semalam.

Ketika ditemui selepas prosiding, Hisyam memberitah­u media bahawa beliau mengemukak­an notis pembatalan rayuan pada 2 Julai lepas dan memaklumka­n tiada alasan bagi penarikan tersebut.

Pada 18 November 2019, Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan bekas timbalan perdana menteri itu untuk mencabar perlembaga­an dalam Seksyen 41A Akta SPRM dan Seksyen 71 AMLA, atas alasan permohonan itu pramatang kerana perbicaraa­n masih belum bermula.

Ahmad Zahid, 67 yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, menghadapi 47 pertuduhan, 12 daripadany­a adalah pecah amanah (CBT), lapan untuk rasuah dan 27 untuk pengubahan wang haram yang membabitka­n puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Sequerah bersambung pada 14 Julai dan setakat ini, 74 saksi pendakwaan telah memberi keterangan dalam perbicaraa­n itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia