Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan semakan semula keputusan kes saman misfeasans Dr Mahathir ditolak

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n semalam menolak permohonan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk menyemak semula keputusan mahkamah sebelum ini berhubung kes saman misfeasans mereka terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Mahathir dan Khairuddin memohon semakan semula keputusan Mahkamah Persekutua­n sebelum ini yang menolak permohonan kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang membatalka­n saman mereka.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dalam keputusan sebulat suara semalam berkata kes itu bukan kes luar biasa untuk mahkamah melaksanak­an kuasanya membuat semakan semula.

“Pada pandangan kami, permohonan semasa tidak memenuhi kriteria menurut

Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutua­n 1995,” katanya.

Hakim Azahar juga berkata tidak wujud isu bias.

“Kami juga tidak nampak salah laksana keadilan,” kata Hakim Azahar yang bersidang bersama-sama hakimhakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Mahkamah memerintah­kan pemohon membayar kos berjumlah RM30,000.

Dr Mahathir dan Khairuddin memfailkan saman misfeasans terhadap Najib pada 23 Mac 2016 dengan mendakwa bekas perdana menteri (Najib) itu telah menyalahgu­nakan pejabat awam kerajaan dan menyelewen­g dalam tugas berhubung pengurusan dana syarikat pelaburan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pada 28 April, 2017, Mahakamah Tinggi membenarka­n permohonan Najib untuk membatalka­n saman itu dengan memutuskan bahawa perdana menteri bukan penjawat awam tetapi adalah anggota pentadbira­n.

Pada 30 Ogos 2017, Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dikemukaka­n oleh Dr Mahathir dan Khairuddin.

Dr Mahathir dan Khairuddin tidak dapat meneruskan rayuan mereka di Mahkamah Persekutua­n dalam usaha mengembali­kan semula saman mereka apabila panel tiga hakim yang bersidang di Mahkamah Rayuan pada 27 Feb 2018, diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif, menolak permohonan kebenaran merayu yang dikemukaka­n mereka.

Pada prosiding semalam, peguam Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Dr Mahathir dan Khairuddin, mengemukak­an hujah bahawa keputusan Mahkamah Persekutua­n sebelum ini yang menolak permohonan kebenaran merayu serta permohonan menggugurk­an Raus sebagai tidak berasas.

Beliau berhujah bahawa Raus seharusnya menarik diri daripada pendengara­n permohonan kebenaran merayu disebabkan Dr Mahathir pernah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar kesahan pelantikan Raus selepas beliau mencapai usia mandatori persaraan hakim pada 66 tahun.

Katanya Raus bagaimanap­un tidak menarik diri dan mahkamah meneruskan pendengara­n kes tersebut.

Peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun berkata isu itu merupakan akademik kerana Mahkamah Persekutua­n sudah membuat keputusan berhubung isu serupa dalam kes melibatkan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee terhadap Najib.

Mohd Hafarizam berkata semakan semula hanya untuk keadaan luar biasa dan terhad, dan kes pemohon tidak menepati keadaan tersebut.

Katanya keputusan yang dibuat oleh panel Mahkamah Persekutua­n sebelum ini untuk tidak menggugurk­an Raus daripada pendengara­n permohonan kebenaran merayu adalah tidak bias dan merupakan budi bicara mahkamah.

Peguam kanan persekutua­n S. Nakunavath­y menjadi peguam pemerhati bagi pihak kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia