Utusan Borneo (Sarawak)

Agong kurnia watikah pelantikan perwakilan Malaysia ke luar negara

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah semalam berkenan mengurniak­an watikah pelantikan kepada lima perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara di sini.

Baginda turut berkenan menerima watikah pelantikan tiga ketua perwakilan asing ke Malaysia.

Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Lima perwakilan Malaysia ke luar negara terdiri daripada Datuk Bala Chandran Tharman yang akan bertugas di Persekutua­n Rusia, Zamshari Shaharan (Qatar), Haznah Md Hashim (Bangladesh), Sazali Mustafa Kamal (Turki) dan Abu Bakar Mamat yang akan ke Chile.

Sementara perwakilan asing ke Malaysia pula ialah Azimbek Beknazarov yang mewakili republik Kyrgyz, Ary Norton De Murat Quintella (Brazil) dan Aliasghar Mohammadi dari Iran.

Perwakilan Malaysia ke Rusia, Bala Chandran yang merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Kementeria­n Luar (Wisma Putra) sejak 1994, sebelum ini bertugas di Kedutaan Malaysia di Lubnan pada 2014 sebelum menjawat jawatan Ketua Pengarah Perancanga­n Dasar dan Penyelaras­an (2017-2018).

Sementara itu, Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Haznah merupakan PTD di Wisma Putra sejak 2000 dan sebelum pelantikan terbaharun­ya ini, beliau adalah Setiausaha Rendah di Bahagian Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar.

Duta Malaysia ke Chile, Abu Bakar pula yang juga berkhidmat sebagai PTD di Wisma Putra sejak 2000, sebelum ini pernah berkhidmat di Kedutaan Malaysia di

Windhoek, Namibia (20042008) dan Konsul Jeneral di Karachi, Pakistan (20112015).

Duta Malaysia ke Turki, Sazali sebelum ini merupakan Setiausaha Rendah di Bahagian Eropah dan pernah berkhidmat di Kedutaan Malaysia di Kuwait (2004-2007) serta sebagai Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York (2012-2015).

Zamshari pula, sebelum pelantikan­nya sebagai Duta Malaysia ke Qatar, merupakan Timbalan Ketua Perwakilan Malaysia di Jakarta dan beliau pernah berkhidmat di Kedutaan Malaysia di Manila, Filipina (2002-2005) dan Paris, Perancis (2011-2014). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia