Utusan Borneo (Sarawak)

Paras garis kemiskinan baharu diumum dalam masa terdekat

-

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak menolak kadar kemiskinan negara mungkin meningkat apabila Paras Garis Kemiskinan (PGK) baharu berdasarka­n metodologi 2019 diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata ini kerana PGK RM980 bagi isi rumah yang ditetapkan mengikut metodologi 2005 sudah tidak relevan.

“Tahun 2005 pendapatan per kapita misalnya cuma RM20,000. Sekarang ini sudah RM45,000. Maknanya pendapatan per kapita kita bertambah dua kali ganda, jadi adalah mustahil PGK berada kekal pada RM980.

“Di bawah metodologi 2019, sudah pasti pertamanya jumlahnya lebih tinggi daripada RM980, kedua ia (kadar kemiskinan) sudah pasti lebih daripda 0.4 peratus,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Banci Penduduk dan Perumahan 2020 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya, di sini semalam.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mendakwa kadar kemiskinan Malaysia 0.4 peratus pada 2016 adalah tidak realistik kerana meletakkan penanda aras yang rendah iaitu RM980.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata Jabatan Perangkaan telah menjalanka­n Survei Pendapatan, Perbelanja­an Isi Rumah dan Kemudahan Asas bermula Januari hingga November 2019 bagi mendapatka­n angka sebenar mengenai kemiskinan dalam negara.

“Beberapa jawatankua­sa telah ditubuhkan bagi meneliti angka-angka ini dan hasilnya sudahpun dibentangk­an sebanyak dua kali kepada Kabinet,” katanya.

Mustapa juga berkata keputusan untuk melihat semula angka PGK sebenarnya telah dibuat semasa kajian separuh penggal Rancangan

Malaysia ke-11 yang dibentangk­an kerajaan terdahulu pada Oktober 2018.

Sementara itu, Mustapa mengesahka­n kerajaan ada membincang­kan mengenai kajian semula jajaran untuk projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), namun tiada keputusan dibuat setakat ini.

“Saya boleh sahkan ada perbincang­an tapi keputusan belum lagi. Apa-apa keperluan boleh tanya kepada Kementeria­n Pengangkut­an,” katanya, menambah proses perbincang­an itu diketuai Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Mediasebel­uminimelap­orkan kerajaan menimbang kemungkina­n mengembali­kan jajaran ECRL kepada pelan asal yang dilancarka­n kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, khususnya di bahagian C yang melibatkan jajaran di Lembah Klang yang menghubung­kan Pelabuhan Klang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENCEMAR DULI: Sultan Abdullah berkenan menerima Watikah Pelantikan daripada Azimbek pada Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan oleh bakal Ketua—ketua Perwakilan Asing ke Malaysia di Istana Negara semalam.
— Gambar Bernama MENCEMAR DULI: Sultan Abdullah berkenan menerima Watikah Pelantikan daripada Azimbek pada Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan oleh bakal Ketua—ketua Perwakilan Asing ke Malaysia di Istana Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia