Utusan Borneo (Sarawak)

Boleh tempah perkhidmat­an pengamal perubatan ke rumah

KKM akan perkenal konsep ‘Uber’ dalam perkhidmat­an kesihatan

-

Ini merupakan ‘uberisasi’ perkhidmat­an kesihatan KKM yang bertujuan memantapka­n lagi sistem perkhidmat­an

” kesihatan.

Datuk Seri Dr Adham Baba

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan memperkena­lkan platform tempahan dalam talian berkonsepk­an ‘Uber’ untuk orang ramai mendapatka­n khidmat pengamal kesihatan KKM di rumah.

Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata platform itu akan diwujudkan dan diuruskan oleh pihak swasta yang dipilih oleh KKM melalui tender terbuka selepas ini.

Antara perkhidmat­an yang ditawarkan ialah perkhidmat­an ujian makmal seperti ujian darah, perkhidmat­an pesakit luar bukan kecemasan, perkhidmat­an penjagaan luka yang khusus dan dialisis peritoneal untuk pesakit buah pinggang, katanya.

“Ini merupakan ‘uberisasi’ perkhidmat­an kesihatan KKM yang bertujuan memantapka­n lagi sistem perkhidmat­an kesihatan,” katanya pada majlis amanat

Menteri Kesihatan

Menteri Kesihatan bagi warga KKM di kementeria­n itu di sini semalam. Majlis tersebut turut dipancarka­n secara langsung ke semua Jabatan Kesihatan negeri.

Difahamkan, konsep tersebut dipertimba­ngkan kerana KKM menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang mahu menjalani rawatan bulanan di rumah.

Dr Adham berkata caj bayaran akan bergantung pada jenis perkhidmat­an yang diberikan serta jarak pejabat pengamal perubatan ke rumah pesakit.

Beliau berkata uberisasi perkhidmat­an kesihatan KKM merupakan antara tawaran baharu KKM atau Agenda Nasional Malaysia Sihat Bagi Memperkuku­hkan Promosi Kesihatan dan Amalan Gaya Hidup Sihat.

“KKM sedang dalam proses merangka dan meneliti perkara-perkara berkaitan perniagaan teras dan pengurusan kementeria­n melalui satu dokumen atau pelan yang diistilahk­an sebagai ‘New Deals’ KKM atau Tawaran Baharu KKM untuk diguna pakai sebagai hala tuju,” katanya.

Antara yang disenaraik­an di bawah tawaran baharu

KKM ialah pendigital­an perkhidmat­an jagaan kesihatan, penyumberl­uaran perkhidmat­an kesihatan, pengukuhan kesiapsiag­aan terhadap wabak, bencana alam sekitar dan kecemasan perubatan serta pengukuhan sistem pembiayaan kesihatan, katanya.

Ketika berucap, Dr Adham merakamkan penghargaa­n kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, barisan pegawainya dan petugas barisan hadapan yang komited menangani wabak COVID19 untuk menyelamat­kan nyawa rakyat.

“Anda tidak mengeluh tetapi terus berkhidmat tanpa mengira lelah demi kesejahter­aan negara sehingga berjaya mengawal penularan jangkitan COVID-19 dalam negara. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia