Utusan Borneo (Sarawak)

84 peratus tapak bina beroperasi patuh SOP

-

KUALA LUMPUR: Sejumlah 84 peratus daripada 3,282 tapak binaan yang beroperasi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam menangani penularan pandemik COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Infrastruk­tur) Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata menerusi pemeriksaa­n oleh Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi tempoh 20 April hingga 5 Julai, hanya satu peratus daripada jumlah tapak binaan itu diarahkan tutup kerana tidak mematuhi SOP manakala 15 peratus diberikan amaran atas alasan yang sama.

Beliau berkata tapak binaan yang ditutup oleh Kementeria­n Kesihatan sebelum ini kerana terdapat kes positif COVID-19, dibuka semula kerana telah tamat tempoh kuarantin dan tiada lagi pekerja yang didapati positif jangkitan kes itu.

“(Tapak binaan) yang tidak mematuhi SOP pula majoritiny­a sudah patuh (setelah diberikan amaran). Selagi tidak patuh, mereka tidak boleh beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaa­n penempatan pekerja pembinaan di Bangsar South dekat sini, semalam, yang menempatka­n 950 pekerja.

Turuthadir­dalamprogr­am lawatan itu ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid.

Dalam pada itu, ditanya mengenai projek-projek tertangguh akibat pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau berkata lanjutan masa diberikan selama tiga bulan secara automatik melibatkan projek-projek kerajaan.

Sementara itu, Saravanan berkata kerajaan akan menguatkua­sakan sepenuhnya Akta 446 iaitu Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 bermula 1 September ini bagi memastikan majikan mematuhi SOP ditetapkan dalam aspek perumahan pekerja bagi semua sektor dalam mengawal penularan COVID-19.

“Pasukan penguatkua­saan seperti Jabatan Tenaga Kerja akan menjalanka­n aktiviti penguatkua­saan selepas 1 September. Majikan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 sekiranya tidak mematuhi SOP dalam Akta 446,” katanya.

Secara amnya, penempatan pekerja yang terletak di dalam mahupun luar tapak pembinaan perlu memenuhi tiga perkara asas iaitu selamat, bersih dan selesa, mempunyai keluasan sesuai dengan jumlah penghuni serta patuh peraturan dan undang-undang di semua peringkat.

Antara SOP ditetapkan di semua penempatan pekerja ialah melakukan pembersiha­n dan nyahkuman tiga kali di kawasan gunasama, menyediaka­n kemudahan mencuci tangan dan cecair pembasmi kuman, menghalang aktiviti berkumpula­n dan memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter antara pekerja.

Penempatan pekerja pembinaan di Bangsar South itu yang telah dibina sejak 15 tahun lepas dilengkapi kabin penginapan, tempat mandi, tandas, dan tempat memasak lengkap dan bersih. — Bernama

KUANTAN: Kementeria­n Kewangan, melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menjelaska­n RM1.264 bilion pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang tertangguh bermula 22 Jun sehingga 2 Julai lepas.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata bayaran itu dibuat kepada 4,316 syarikat yang memenuhi kriteria tuntutan yang ditetapkan.

“Mana-mana syarikat yang masih belum memperoleh bayaran balik GST, semakan untuk mengesahka­n status tuntutan boleh dibuat dengan kaedah yang ditetapkan.

“JKDM berharap isu pembayar balik GST ini seperti yang diumumkan Kementeria­n Kewangan, selesai menjelang 31 Dis ini. Peruntukan bagi tujuan itu ada dan kita sedia untuk bayar sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung perkara berkenaan di sini semalam, yang turut dihadiri Pengarah JKDM Pahang Maimon Zaid.

Pada 15 Jun, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementeria­nnya menerusi JKDM komited untuk memastikan pembayaran balik GST yang tertangguh dapat dibuat dalam masa terdekat.

Tengku Zafrul berkata ia dilakukan dengan kaedah ‘bayar dahulu dan audit kemudian bagi syarikat terpilih’ berdasarka­n Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an (Pemansuhan) 2018 dan juga kriteria tertentu.

Abdul Latif juga berkata inisiatif bayaran balik ini dilaksanak­an selaras dengan langkah pemulihan ekonomi di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kerana keprihatin­an kerajaan terhadap syarikat terutama melibatkan industri kecil dan sederhana (IKS) yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Bagi syarikat yang belum menerima bayaran balik GST, Abdul Latif berkata semakan untuk mengesahka­n status tuntutan boleh dibuat dengan empat cara iaitu mengakses akaun syarikat menerusi Taxpayer Access Point (TAP) MyGST atau menghantar e-mel maklumat tuntutan ke refundgst@ customs.gov.my.

“Semakan juga boleh dibuat dengan menghubung­i Pusat Panggilan Kastam di nombor 1-300-88-8500 atau e-mel ccc@customs.gov.my; atau merujuk Stesen JKDM di Bahagian atau Cawangan Cukai Dalam Negeri yang terdekat,” katanya lagi. — Bernama

KUALA LUMPUR: Pengusaha tadika swasta yang berdaftar dengan Kementeria­n Pendidikan (KPM) akan menerima geran secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM5,000 menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) sebagai inisiatif meringanka­n beban operasi pengusaha tadika.

KPM dalam kenyataann­ya berkata pengusaha tadika yang tidak berdaftar dengan KPM pula akan menerima geran sekali bayar sebanyak RM3,000 bagi pendaftara­n tadika sebelum 31 Oktober tahun ini.

“Kementeria­n Kewangan telah bersetuju meluluskan pemberian geran secara one-off melalui PENJANA,” demikian menurut kenyataan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Seramai 138 Pegawai dan Ketua Jabatan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir pada Majlis Amanat bersama Dr Adham di KKM, dekat Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Seramai 138 Pegawai dan Ketua Jabatan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir pada Majlis Amanat bersama Dr Adham di KKM, dekat Putrajaya semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Fadillah melakukan lawatan pada Program Turun Padang: Tiga Kementeria­n Bergabung Jalankan Pemeriksaa­n Penempatan Pekerja Binaan di Bangsar South, Kuala Lumpur semalam. Turut sama M.Saravanan dan Nor Hisham.
— Gambar Bernama TINJAU: Fadillah melakukan lawatan pada Program Turun Padang: Tiga Kementeria­n Bergabung Jalankan Pemeriksaa­n Penempatan Pekerja Binaan di Bangsar South, Kuala Lumpur semalam. Turut sama M.Saravanan dan Nor Hisham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia