Utusan Borneo (Sarawak)

Kesopanan dan Kesusilaan demi kesejahter­aan sosial

-

KUALA LUMPUR: Meletakkan nilai yang baik pada tingkah laku, beradab sopan dan mengikut peraturan menjadi amalan yang sentiasa dituntut mengikut falsafah Rukun Negara.

Apabila ada tindakan individu atau kumpulan yang melampaui batas, kurang ajar dan tidak sopan terutama melibatkan isu sensitif, pasti akan menimbulka­n rasa tidak puas hati hingga ada yang mempersoal­kan ke mana hilangnya adab masyarakat hari ini.

Sememangny­a, tidak akan sempurna jati diri seorang warganegar­a itu sekiranya tidak memahami, menghayati dan menjiwai prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan terutama bagi mengekalka­n perpaduan dan keharmonia­n dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Jelas sekali, teras kelima prinsip itu memberi penekanan terhadap aspek nilai kemanusiaa­n supaya setiap warganegar­a boleh menghormat­i dan menerima perbezaan masing-masing bagi kesejahter­aan sosial, menurut Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.

Usaha itu, menurut beliau, ditonjolka­n menerusi dua konsep iaitu kesopanan yang berkisar tentang tingkah laku baik, manakala kesusilaan pula berkaitan dengan akhlak dan kedua-dua elemen tersebut memerlukan pengisian dan perincian.

“Bagi saya kalau kita nak meningkatk­an kesejahter­aan sosial, maka pada kesopanan itu perlulah diterapkan dari rumah dengan mengajar anak-anak kita tentang tingkah laku dan kelakuan baik.

“Untuk kesusilaan, pertamanya kita tekankan akhlak dan moraliti. Itu sudah tentu ada kaitan dengan kebaikan. Sudah tentu akhlak itu dan (berkaitan) hal-hal tentang integriti,” katanya kepada Bernama sempena sambutan ulang tahun Rukun Negara ke-50 bersempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n dan Hari Kebangsaan 2020, yang dijadual pada 9 Julai ini.

Teo juga menegaskan kepimpinan melalui teladan adalah penting dalam usaha menyemarak­kan nilai-nilai dalam teras tersebut, manakala kurikulum pendidikan memainkan peranan penting menyemai aspek Kesopanan dan Kesusilaan.

“...yang lebih tua perlu memperliha­tkan kesopanan dalam erti tingkah laku yang baik dan juga ada susilanya di situ dengan akhlaknya yang baik untuk diikuti terutama oleh generasi muda.

“Jadi kalau dalam keluarga, ibu bapa perlu memperliha­tkan tingkah laku yang baik dalam konteks kesopanan dan juga akhlak yang baik dalam konteks susila itu,” katanya sambil menambah, guru di sekolah turut memainkan peranan penting menunjukka­n teladan yang baik.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarak­atan, Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamuruga­n Pandian berkata teras tersebut mampu membentuk karakter seseorang yang dilengkapi dengan nilai mulia.

“Keperibadi­an nilai murni datang daripada nilai sopan, susila dan moral, malahan pembentuka­n identiti seseorang adalah berdasarka­n kepada sejauh manakah kita mampu memperkuku­hkan jati diri tanpa sama sekali mengganggu-gugat apa yang sudah dipelajari dan dibina dalam diri seseorang.

“Bermakna kesopanan dan kesusilaan itu juga membentuk bukan sahaja diri kita, tetapi juga mempertaha­nkan identiti nasional di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau turut senada dengan Teo apabila menegaskan ejen yang bertanggun­gjawab memupuk nilai-nilai tersebut dalam diri seseorang adalah ahli keluarga yang kemudianny­a diikuti oleh guru di sekolah.

“Pengaruh yang paling kuat sebenarnya adalah rakan sebaya, kemudian agensi yang bertanggun­gjawab, media dan juga pemimpin sebagai ejen yang harus dijadikan sebagai idola orang ramai,” katanya yang turut menjelaska­n, pokok pangkalnya bergantung kepada diri sendiri.

Dalam pada itu, menurut Sivamuruga­n, media sosial yang sepatutnya mampu membantu usaha negara menyatupad­ukan rakyat dilihat menjadi sebaliknya apabila ada pihak yang dilihat sengaja menimbulka­n rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

“Saya rasakan media sosial merupakan antara elemen yang sepatutnya digunakan untuk mempertaha­nkan nilai-nilai sopan, susila...kalau kita tulis pun (muat naik kenyataan) perlulah secara berhemah untuk memastikan kita tidak menimbulka­n kebimbanga­n atau keresahan.

“Sebahagian­nya masih lagi kekal dengan menghayati nilai kesopanan dan kesusilaan, tetapi ada segelintir golongan yang merasakan mereka mahu memberikan tafsiran tersendiri terhadap nilai itu tanpa mahu bersetuju dengan apa yang telah diperakuka­n oleh majoriti masyarakat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIWAWANCAR­A: Teo ketika temuramah khas bersama Bernama di Kuala Lumpur semalam sempena sambutan ulang tahun Rukun Negara ke-50 bersempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n dan Hari Kebangsaan 2020, yang dijadual pada 9 Julai ini.
— Gambar Bernama DIWAWANCAR­A: Teo ketika temuramah khas bersama Bernama di Kuala Lumpur semalam sempena sambutan ulang tahun Rukun Negara ke-50 bersempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n dan Hari Kebangsaan 2020, yang dijadual pada 9 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia