Utusan Borneo (Sarawak)

Keutamaan bagi warga tempatan solat berjemaah dan Jumaat di masjid

-

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan keutamaan tetap diberikan kepada warga tempatan bagi menghadiri solat berjemaah dan Jumaat di masjid dan surau.

Menurutnya, pihaknya perlu meneliti pelbagai perkara sebelum memuktamad­kan untuk membenarka­n warganegar­a asing mendirikan solat jemaah di rumah ibadat itu.

“Setiap laporan dan data kami akan teliti. Sebarang kekurangan kami akan baiki daniniakan­ambilmasa.Mungkin sebulan atau dua bulan.

“Apabila keadaan sudah stabil, kami akan benarkan mereka melakukan ibadat (di masjid),” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program CuciCuci Masjid Pasca Covid-19 dan penyampaia­n bantuan dana Tabung Musaadah Covid-19 di Desa Petaling dekat sini, semalam.

Ketika ini kerajaan membenarka­n warga tempatan untuk solat Jumaat dan berjemaah di masjid dan surau dalam skala lebih besar dengan memaksimum­kan setiap ruang namun tetap menepati amalan jarakan sosial.

“Langkah seterusnya... kami mengizinka­n mengikut apa yang difatwakan, untuk surau-surau biasa mengadakan solat Jumaat dengan syarat mereka minta kebenaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) dan pejabat mufti supaya ia boleh dipantau sebaik mungkin,” katanya.

Mengenai tabung Musaadah Covid-19 yang terbuka kepada semua golongan, Zulkifli menjelaska­n setakat ini hampir RM200 juta dana itu telah disalurkan kepada penerima layak.

“Maknanya, apabila kami mengumumka­n (dana sumbangan sebagai umum untuk semua), ia terbuka kepada sesiapa yang layak. Muslim, bukan Muslim, Orang Asli, sekolah-sekolah yang menghadapi kesukaran dan nelayan,” tambahnya.

Menurut Zulkifli, yang penting bantuan itu sampai kepada sasaran dan boleh dimanfaatk­an.

Seramai 20 orang termasuk 10 individu bukan Muslim menerima bantuan tabung Musaadah Covid-19 pada Program Cuci-Cuci Masjid Pasca Covid-19 dan Musaadah Covid-19 semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Zulkifli (tengah) menyampaik­an replika cek sumbangan kepada Pengerusi Masjid Al-Khasyi’in, Desa Petaling Mustapha Abdullah (kanan) ketika Program Cuci-cuci Masjid Pasca COVID-19 dan Musa’adah COVID-19 di Masjid Al-Khasyi’in, Desa Petaling di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nik Omar Nik Ab Aziz.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Zulkifli (tengah) menyampaik­an replika cek sumbangan kepada Pengerusi Masjid Al-Khasyi’in, Desa Petaling Mustapha Abdullah (kanan) ketika Program Cuci-cuci Masjid Pasca COVID-19 dan Musa’adah COVID-19 di Masjid Al-Khasyi’in, Desa Petaling di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nik Omar Nik Ab Aziz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia