Utusan Borneo (Sarawak)

Lampard beri Abraham amaran terus kekalkan prestasi

Penyerang muda kelab itu menjaringk­an 15 gol bersama Chelsea musim ini namun gagal menjaringk­an gol sejak 11 Januari

-

Apa yang diperlukan ialah fokus beliau kepada perlawanan akan datang dan berapa banyak yang boleh beliau sumbangkan dalam padang, sama ada sebagai pemain gantian atau dari kesebelasa­n

” utama.

Frank Lampard

Pengurus Chelsea

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Frank Lampard, memberi amaran kepada penyerang muda kelab, Tammy Abraham untuk tidak membiarkan rundingan kontrak yang sedang berjalan mengganggu prestasiny­a.

Abraham menjaringk­an 15 gol bersama Chelsea musim ini tetapi penyerang antarabang­sa England itu sudah gagal menjaringk­an gol sejak 11 Januari.

Pemain berusia 22 tahun itu dilaporkan menghampir­i untuk bersetuju kontrak baharu pada awal musim ekoran prestasi memberangs­angkan.

Tetapi satu-satu penampilan kesebelasa­n utama beliau sejak musim disambung semula setelah tertangguh kerana pandemik koronaviru­s (COVID-19) ketika tewas di

West

Ham United minggu lepas, dengan penyerang veteran Olivier Giroud mendapat lebih kepercayaa­n dari Lampard.

Pemain muda lain seperti beliau, Callum HudsonOdoi, Reece James, Mason Mout dan Fikayo Tomori, sudah menandatan­gani kontrak baharu bersama kelab sejak tahun lepas.

Masih belum menandatan­gani kontrak baharu, Abraham masih mempunyai baki kontrak semasa dua tahun lagi.

Namun Lampard menjangkak­an beliau kekal fokus ketika Chelsea memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

“Saya fikir kontrak Tammy,

kami masih belum di peringkat akhir,” kata Lampard menjelang pertemuan pasukannya menentang Crystal Palace.

“Ia urusan kelab dengan beliau dan saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu mengganggu fokus beliau.

“Apa yang diperlukan ialah fokus beliau kepada perlawanan akan datang dan berapa banyak yang boleh beliau sumbangkan dalam padang, sama ada sebagai pemain gantian atau dari kesebelasa­n utama.”

Lampard memberitah­u Abraham bahawa satu-satu cara untuk beliau kembali dalam kesebelasa­n utama ialah berusaha lebih gigih dalam latihan.

“Beliau mengharung­i satu musim yang bagus, beliau belum menjaringk­an gol pada separuh kedua musim,” kata Lampard.

“Tetapi sebagai pemain muda, ia sentiasa jelas apabila anda mempunyai tempoh seperti ini, satu-satu cara untuk menanganin­ya ialah berusaha lebih gigih dalam latihan.

“Saya fikir ia adalah cara terbaik beliau. Saya fikir kontrak akan diuruskan dengan sendiri di antara beliau dengan kelab dan beliau hanya perlu memberi fokus kepada kelab seperti ketika beliau di awal musim.

“Beliau memberikan banyak masalah kepada pertahanan lawan dan kerap menjaringk­an gol dan semuanya datang dari bagaimana beliau berlatih dan bekerja setiap minggu.

“Ia adalah apa yang perlu beliau kekalkan sepanjang masa.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Abraham (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan West Ham Issa Diop pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Ham United dan Chelsea di The London Stadium, di timur London baru-baru ini.
— Gambar AFP SENGIT: Abraham (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan West Ham Issa Diop pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Ham United dan Chelsea di The London Stadium, di timur London baru-baru ini.
 ??  ?? FRANK LAMPARD
FRANK LAMPARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia