Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet kebangsaan diminta fokus pemulihan semula prestasi

-

KUALA LUMPUR: Atlet kebangsaan dinasihatk­an memberi fokus sepenuhnya kepada proses pemulihan kecederaan selain berusaha memperting­katkan semula prestasi masing-masing daripada memikirkan mengenai penyertaan pada kejohanan luar negara.

Saranan itu disuarakan Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin yang melihat keperluan kepada atlet kebangsaan memperbaik­i prestasi susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas yang menyaksika­n mereka terpaksa menjalani latihan di rumah masing-masing.

“Hampir separuh daripada 229 pertanding­an antarabang­sa terpaksa dibatalkan pada tahun ini susulan penularan COVID-19, jadi seharusnya atlet negara menggunaka­n masa yang ada pada tahun ini untuk memperkuku­hkan prestasi masing-masing kerana tahun ini adalah peluang terbaik mereka berbuat demikian sebelum menghadapi beberapa kejohanan penting pada tahun depan.

“Mereka sepatutnya fokus kepada latihan asas ketika ini, dan sekiranya mereka sudah benar-benar bersedia, barulah MSN boleh mempertimb­angkan penyertaan mereka pada mana-mana kejohanan selepas ini,” katanya kepada

Bernama semalam.

Dalam pada itu, Jefri memaklumka­n atlet daripada beberapa sukan termasuk pelayaran, olahraga para dan badminton telah selesai menjalani ujian calitan COVID-19 dan mereka dibenarkan menjalani latihan seperti biasa, namun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara dan Kementeria­n Kesihatan.

Beliau menjelaska­n atlet dan pegawai sukan daripada 26 jenis sukan dijangka menjalani ujian calitan COVID-19 pada minggu ini sebelum mereka dibenarkan meneruskan latihan seperti biasa sekiranya keputusan ujian adalah negatif.

“Keputusan ujian calitan COVID-19 kebiasaann­ya dapat diketahui dalam tempoh dua hari dan atlet yang sah negatif dibenarkan menjalani latihan seperti biasa, namun mereka tertakluk kepada SOP yang ditetapkan pihak berwajib,” jelas Jefri.

Kementeria­n Belia dan Sukan sebelum ini memberi lampu hijau kepada atlet beberapa sukan termasuk badminton dan pelayaran, selain atlet di bawah program ‘Road to Tokyo’ meneruskan latihan selepas mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan termasuk melakukan ujian calitan COVID-19. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia