Utusan Borneo (Sarawak)

Hos Piala Dunia 2026 akan sertai bengkel tertangguh atas talian

-

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS): Bandar raya yang membida untuk menganjur perlawanan Piala Dunia 2026 akan menyertai bengkel tertangguh atas talian dengan 17 calon memburu 10 tempat yang diperuntuk­kan bagi AS.

Tiada tarikh akhir ditetapkan untuk pemilihan venue di AS, yang akan menganjurk­an Piala Dunia 2026 bersama-sama dengan Kanada dan Mexico, selepas pandemik koronaviru­s (COVID19) menangguhk­an proses analisis bidaan, termasuk membatalka­n bengkel yang dirancang pada bulan Mac di Dallas.

Calon-calon bandar raya di AS adalah Atalanta, Miami,

Nashville, Orlando, Houston, Dallas, Kansas City, Boston, Baltimore, New York/New Jersey, Cincinnati, Denver, Seattle, Philadelph­ia, Washington, San Francisco dan Los Angeles.

Chicago, yang menjadi tuan rumah perlawanan pembukaan Piala Dunia 1994, tidak layak dalam senarai.

Montreal, Toronto dan Edmonton di Kanada dan Kota Mexico, Guadalajar­a dan Monterrey di Mexico difahamkan menjadi tuan rumah di negara masingmasi­ng.

Pengerusi kejohanan FIFA dan pegawai kejohanan, Colin Smith, tidak memberikan tempoh untuk bila senarai calon dikurangka­n, dengan harapan untuk mula melawat tapak venue pada lewat 2020 tetapi menyedari COVID-19 boleh memberi impak kepada usaha itu.

“Ia tidak jelas bila kami akan dapat datang untuk melakukan pemeriksaa­n,” kata Smith. “Saya boleh berkata kami mungkin memerlukan beberapa minggu lagi untuk melihat bagaimana keadaannya dan kemudian saya boleh berkata pada suku ketiga, awal suku keempat tahun ini, kami boleh mempunyai idea lebih jelas tentang jadual pemeriksaa­n ke venue bidaan dan masa diperlukan untuk melakukan pemilihan.”

FIFA akan membuat keputusan akhir, termasuk sebuah stadium dengan sekurangku­rangnya 80,000 tempat duduk untuk perlawanan akhir, dengan pandangan dari badan induk bola sepak AS, US Soccer.

Pelan asal ialah untuk menamakan venue bandar raya di AS ialah di antara bulan Mac dan Jun 2021 tetapi ia berdasarka­n kepada permulaan bulan Mac untuk proses bidaan bermula dan dua kunjungan ke venue bidaan pada akhir tahun.

“Ia sangat sukar untuk memberikan tarikh akhir kerana kami tidak tahu bila untuk bermula” kata Smith ketika merujuk tentang lawatan pemeriksaa­n ke venue bidaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia