Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang Liga-M disambung semula amat cerah: Reezal

-

JOHOR BAHRU: Peluang Liga Malaysia (Liga-M) musim ini untuk disambung semula setelah terhenti kirakira empat bulan akibat pandemik COVID-19, kian cerah.

Ini berikutan, negara kini menunjukka­n perkembang­an positif dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19, khususnya pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuas­akan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata keputusan mengenai perkara itu akan ditentukan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaa­n PKPP yang dipengerus­ikan Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Khamis ini.

“Melihat kepada perkembang­an rakyat Malaysia yang berdisipli­n hingga berjaya melandaika­n rantaian COVID-19,

saya lihat keyakinan untuk kerajaan memberi kelulusan dan kebenaran kepada sukan-sukan seperti bola sepak untuk kembali beraksi adalah amat tinggi.

“Bagaimanap­un, semuanya (keputusan) tertakluk kepada Majlis Keselamata­n Negara,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke venue Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 di Pusat Akuatik Arena Larkin, di sini semalam.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhk­an semua aktiviti bola sepak di bawah kelolaan mereka sejak 16 Mac lepas, susulan penularan COVID-19 selain untuk mematuhi penguatkua­saan PKP, bagi memutuskan rantaian penularan wabak tersebut.

Mengenai SUKMA Johor 2020, Reezal Merican berkata beliau tidak bimbang persiapan penganjura­n temasya itu kerana kebanyakan kemudahan dan venue kini sudah melangkaui tahap kemajuan kerja pembinaan yang ditetapkan.

“Saya boleh katakan persiapan keseluruha­n (venue dan kemudahan) berada pada tahap antara 95 dengan 97 peratus, malahan kalau lihat daripada pusat akuatik ini, hanya warm up pool (kolam pemanas badan) sahaja yang masih belum siap.

“Jadi, saya tidak ada kerisauan malah cukup optimis kesemua persiapan boleh siap seawal empat atau lima bulan dari tarikh penganjura­n SUKMA,” katanya.

Ditanya sama ada tarikh baharu penganjura­n SUKMA Johor masih kekal pada Mac 2021, Reezal Merican berkata perkara itu akan dibincangk­an dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA yang dijadualka­n tidak lama lagi. — Bernama

 ??  ?? TINJAU: Reezal (tengah) bersama Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) melihat tapak pembinaan fasiliti pusat akuatik semasa melakukan lawatan kerja di Venue SUKMA Johor 2020 di Stadium Tertutup Arena Larkin semalam.
TINJAU: Reezal (tengah) bersama Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) melihat tapak pembinaan fasiliti pusat akuatik semasa melakukan lawatan kerja di Venue SUKMA Johor 2020 di Stadium Tertutup Arena Larkin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia