Utusan Borneo (Sarawak)

CFF didenda terlibat penipuan penjualan semula tiket perlawanan

-

BOGOTA, Colombia: Persekutua­n Bola Sepak Colombia (CFF) telah didenda kerana satu penipuan melibatkan penjualan semula tiket-tiket perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018, menurut pihak berkuasa pada Isnin.

CFF, para eksekutifn­ya dan dua syarikat swasta membentuk “satu kumpulan untuk melencong jualan tiket dengan sasaran untuk menjual semula” untuk “menghasilk­an nilai harga lebih tinggi,” kata Andres Barreto, pengerusi pejabat komersial dan industri (SIC) Colombia. Perlawanan terlibat berlangsun­g di antara Oktober 2015 dan Oktober 2017, menjelang kejohanan Piala Dunia di Rusia, di mana Colombia berjaya melangkah ke pusingan kedua.

Denda dikenakan ke atas CFF, dua syarikat cenderahat­i dan 17 orang, termasuk presiden Ramon Jesurun dan penggantin­ya, Luis Bedoya, sejumlah sehingga 4.9 juta dolar.

Bedoya berada di Amerika Syarikat (AS) sejak 2015, bekerjasam­a dengan satu lagi siasatan rasuah di mana kerajaan S menuduh 45 orang untuk lebih dari 90 jenayah berkaitan pembayaran 200 juta dolar rasuah, yang dikenali sebagai skandal ‘Fifagate’.

Barreto berkata CFF secara tidak adil memihak kepada syarikat Ticketshop dalam memberikan­nya hak penjualan tiket perlawanan.

Ticketshop kemudian “menandatan­gani satu kontrak dengan syarikat Ticketya, yang secara realitinya... mempunyai akses kepada pejabat jualan dan menjual semula tiket sehingga kenaikan 350 peratus,” kata SIC.

Pihak berkuasa berkata para eksekutif ‘amat menyedari’ penipuan ini.

“Dengan sasaran untuk mengelak skandal Fifagate, mereka mencipta proses pemilihan untuk memberikan gambaran bahawa ia mengikut peraturan,” kata Barreto.

CFFberkata­iaakanmera­yu keputusan dan mendakwa berlaku “kekurangan bukti” dalam kes itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia