Utusan Borneo (Sarawak)

INSENTIF MERANCAKKA­N SEMULA SEKTOR PELANCONGA­N DIPERKENAL

Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak peruntuk RM1 juta galak kedatangan pelancong ke Sarawak

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Sarawak memperkena­l beberapa insentif untuk merancakka­n semula sektor pelanconga­n yang terkesan akibat penularan COVID-19 termasuk RM1 juta bagi Pakej Insentif Pelawat (VIP).

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata, kementeria­nnya telah memperuntu­kkan RM1 juta bagi menggalakk­an kedatangan pelancong ke Sarawak.

“Insentif yang diumumkan kerajaan negeri ini adalah untuk memastikan industri pelanconga­n kembali berdaya saing selepas terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Lesen Pemandu Pelancong di Hotel Pullman Miri, semalam.

Insentif yang diumumkan kerajaan negeri ini adalah untuk memastikan industri pelanconga­n kembali berdaya saing selepas terkesan akibat pandemik COVID-19.

Datuk Sebastian Ting

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

Di samping itu, peruntukan RM1 juta pula untuk biro konvensyen bagi tujuan penganjura­n seminar, konvesyen atau acara, selain RM250,000 bagi operator yang ingin menaik taraf kandungan laman sesawang.

“Kita amat menggalakk­an operator pelanconga­n menggunaka­n peruntukan ini untuk menaik taraf laman sesawang mereka bagi mempromosi­kan produk pelanconga­n,” katanya.

Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau berkata, beberapa insentif lain akan diperkenal secara berperingk­at bagi menghidupk­an semula industri pelanconga­n.

Mengulas mengenai lesen pelanconga­n, beliau berkata, 19 peserta dari wilayah utara menerima lesen masingmasi­ng sebagai pemandu pelancong.

“Kita memberi perhatian untuk meningkatk­an industri pelanconga­n domestik kerana di Miri hanya ada satu lesen pemandu pelancong dikeluarka­n,” jelasnya.

Kesemua pemandu pelancong terbabit telah menyempurn­akan kursus dan latihan mengikut panduan Regional Specific Tourist Guide (RSTG) 2019.

Mereka mempunyai kemampuan untuk mempromosi produk pelanconga­n di dalam dan luar bandar bergantung kepada permintaan pelancong.

“Pemandu pelancong perlu mengamalka­n norma baharu dan memastikan pelawat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamata­n dan kesihatan.

“Kementeria­n kita juga bekerjasam­a dengan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak untuk memastikan SOP ini dipatuhi ejen pelanconga­n, pemandu pelancong, hotel dan sebagainya,” tambahnya.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Hii Chang Kee, Pegawai Eksekutif STB Sharzede Salleh Askor serta tetamu lain.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Ting bersama tetamu kenamaan lain bergambar bersama peserta yang menerima sijil masing-masing sebagai pemandu pelancong di Hotel Pullman Miri semalam.
TAHNIAH: Ting bersama tetamu kenamaan lain bergambar bersama peserta yang menerima sijil masing-masing sebagai pemandu pelancong di Hotel Pullman Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia