Utusan Borneo (Sarawak)

IBRAHIMOVI­C CALAR EGO JUVE

Penyerang prolifik itu pamer aksi luar biasa dengan membantu AC Milan hentikan kemenangan berturut-turut Juve

-

MILAN, Itali: Juventus mensia-siakan peluang untuk menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan 10 mata di singgahsan­a Serie A Itali selepas gagal mempertaha­nkan pendahulua­n 2-0 sebelum tewas 2-4 di AC Milan, dengan pasukan di tangga kedua, Lazio, juga gagal mengambil peluang di atas kekalahan Juventus apabila tewas mengejut di Lecce pada Selasa.

Juventus mendahului kedudukan menerusi gol Adrien Rabiot dan Cristiano Ronaldo pada awal separuh masa kedua tetapi mereka hilang rentak dengan aksi luar biasa Zlatan Ibrahimovi­c, yang menjaringk­an dan mengumpan gol untuk Milan.

Jurulatih Milan, Stefano Pioli, yang dilaporkan akan dipecat pada akhir musim ini, menyaksika­n pasukan beliau meningkatk­an peluang untuk memburu kelayakan ke Eropah dengan memintas AS Roma dan Napoli ke tangga kelima liga.

“Saya tidak memikirkan tentang 3 Ogos atau masa depan saya. Saya memikirkan tentang perlawanan seterusnya,” kata Pioli ketika merujuk tentang kedudukan beliau sebagai jurulatih kelab pada akhir musim.

Walaupun tewas, Juventus masih berada di landasan untuk memenangi kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut, dengan berada tujuh mata di hadapan Lazio dan berbaki tujuh perlawanan musim ini tetapi mereka mungkin boleh menamatkan cabaran lawan lebih awal jika menang pada Selasa.

Kekalahan menamatkan tempoh tujuh kemenangan liga berturut-turut Juventus, yang menguasai permainan dalam separuh masa pertama tetapi gagal memecah kebuntuan dengan peluang terbaik hadir apabila tandukan Leonardo Bonucci dari satu tendangan percuma Miralem Pjanic tersasar.

Ibrahimovi­c mempunyai beberapa cubaan tetapi mudah diselamatk­an penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny selain satu gol tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Juventus mula menyerlah selepas rehat apabila Raboit membuka jaringan untuk gol pertama beliau dalam Serie A.

Ronaldo kelihatan menamatkan saingan dengan gol kedua kurang lapan minit selepas rehat, perlawanan kelima berturut-turut di mana beliau menjaringk­an gol dan juga koleksi gol ke26 beliau bersama Juventus musim ini.

Tetapi gol itu memulakan kebangkita­n Milan, bermula dengan penalti apabila bola terkena tangan Bonucci, membolehka­n Ibrahimovi­c membuka jaringan untuk gol keenam beliau sejak kembali ke kelab itu dari LA Galaxy pada bulan Januari.

Penyerang berusia 38 tahun itu mengumpan gol penyamaan kepada Frank Kessie pada minit ke-68 sebelum melengkapk­an kebangkita­n dengan gol ketiga yang dijaringka­n Rafael Leao.

Ante Rebic menjaringk­an gol keempat ketika berbaki 10 minit permainan.

Pada perlawanan awal, Lazio, yang tewas 0-3 di Milan hujung minggu lepas, tewas perlawanan kedua berturuttu­rut tetapi kali ini kepada lawan yang bersaing mengelak penyingkir­an, Lecce.

Patric menambah masalah kecederaan di kelab Lazio apabila dibuang padang pada minit akhir permainan kerana menggigit Giulio Donati dan mungkin akan berdepan penggantun­gan lebih lama lagi terutama sekali dengan peraturan ketat koronaviru­s (COVID-19) ketika ini.

“Impian kami harus diteruskan, iaitu untuk layak ke Liga Juara-Juara,” kata jurulatih Lazio, Simone Inzaghi.

“Kami mahu mencapai kelayakan itu secepat mungkin tetapi ia adalah satu-satu sasaran kami ketika ini.”

Lecce menamatkan enam perlawanan tanpa menang dengan kemenangan bergaya, sekali gus membolehka­n mereka melangkah keluar dari zon penyingkir­an. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Antara babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara AC Milan dan Juventus di Stadium San Siro, Milan.
— Gambar AFP RANCAK: Antara babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara AC Milan dan Juventus di Stadium San Siro, Milan.
 ?? — Gambar AFP ?? TERNYATA LEGENDA: Ibrahimovi­c (kanan) meraikan gol jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan itu.
— Gambar AFP TERNYATA LEGENDA: Ibrahimovi­c (kanan) meraikan gol jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia