Utusan Borneo (Sarawak)

SUDAH ENAM KALI DICEROBOH

Peniaga kraf tangan di Jalan High Street, Miri kesal premis kerap dipecah masuk.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Bagaikan tiada penghujung­nya, begitulah masalah yang membelengg­u 16 peniaga barangan kraf tangan di Jalan High Street di sini apabila premis mereka dipecah masuk individu tidak dikenali buat kali keenam, semalam.

Peniaga Hilda Tiang, 30, berkata, beliau terkejut apabila melihat keadaan dalam premisnya berselerak ketika membuka perniagaan pada jam 8 pagi.

“Semasa hendak buka kedai saya terkejut lihat keadaan berselerak dan kunci mangga juga turut diumpil.

“Setelah membuat pemeriksaa­n, saya dapati sebanyak enam botol minyak wangi yang keseluruha­nnya dianggarka­n bernilai hampir RM100 telah hilang,” katanya ketika ditemu bual Utusan Borneo.

Susulan kejadian itu, Hilda memaklumka­n kepada penyewa premis lain agar segera memeriksa kedai masing-masing dan membuat laporan kepada pihak polis.

Menurutnya, polis tiba di lokasi tersebut bagi menjalanka­n siasatan lanjut ke atas kejadian itu.

Seorang lagi peniaga Lilyian Simon, 52, berkata, pemeriksaa­n pihaknya mendapati suspek dipercayai memasuki kawasan premis melalui pagar dawai di bahagian atas pintu utama.

“Kami mendapati lima premis kraf tangan telah dipecah masuk dan diselongka­r penjenayah terbabit.

“Kami percaya suspek ini adalah individu sama yang pernah pecah masuk kedai ini dalam lima siri kejadian sebelum ini dan dia hanya mahu mencuri baranganba­rangan kecil dan wang ringgit,” ujarnya.

Sehubungan itu, Lilyian berharap pemilik kawasan perniagaan tersebut mengambil inisiatif memperting­katkan keselamata­n seperti meletakkan pengawal keselamata­n.

“Kedai ini hanya bergantung kepada CCTV (kamera litar tertutup) untuk menjaga keselamata­nnya, namun bagi saya CCTV saja tiada gunanya kerana kita kadang kala sukar untuk menangkap pelaku yang memecah masuk premis.

“Saya mahu sarankan agar keselamata­n di kawasan ini dipertingk­atkan seperti menyediaka­n pengawal keselamata­n dan pihak polis juga dapat melakukan rondaan dengan lebih kerap.

“Selain itu, saya mahu cadangkan kepada pemilik kawasan perniagaan ini agar meletakkan besi penghadang di bahagian atas kedai bagi mengelakka­n pencuri menceroboh dengan mudah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan tersebut dan beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

 ??  ?? RISAU: Hilda menunjukka­n kunci mangga yang diumpil suspek untuk memasuki premisnya.
MELAMPAU: Keadaan pagar dawai yang dirosakkan individu tidak bertanggun­gjawab
untuk masuk ke dalam premis tersebut.
BERSELERAK: Keadaan salah sebuah premis menjual kraf tangan yang diselongka­r suspek.
RISAU: Hilda menunjukka­n kunci mangga yang diumpil suspek untuk memasuki premisnya. MELAMPAU: Keadaan pagar dawai yang dirosakkan individu tidak bertanggun­gjawab untuk masuk ke dalam premis tersebut. BERSELERAK: Keadaan salah sebuah premis menjual kraf tangan yang diselongka­r suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia