Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk sekitar Kampung Entangor bersyukur dapat kemudahan jalan raya

-

SEBUYAU: Penduduk sekitar Kampung Entangor di sini akhirnya melahirkan rasa syukur apabila jalan raya fasa dua sepanjang sembilan kilometer yang dibina dengan kos RM27 juta siap dirasmikan.

Dahulu Kampung Entangor yang terletak di hulu Sungai Sebangan hanya dapat dihubungi menggunaka­n bot dengan perjalanan selama empat hingga lima jam berbanding kini hanya setengah jam sahaja dari pasar Sebangan melalui jalan yang telah siap dibina.

Menurut Menteri Muda Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi ketika merasmikan jalan itu barubaru ini, selain memberi manfaat kepada 475 penduduk Kampung Entangor jalan tersebut juga bakal memberi kemudahan kepada penduduk beberapa kampung berhampira­n.

Antaranya penduduk Kampung Klait, Kampung Jeragam, Kampung Bulan dan Kampung Kesindu serta memudahkan ibu bapa dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bulan Jeragam yang turut berada di laluan jalan tersebut.

“Pihak Kerajaan Negeri Sarawak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan terus memberi perhatian terhadap pembanguna­n infrastruk­tur rakyat di luar bandar tanpa mengira masa demi kesejahter­aan rakyat,” jelasnya.

Beliau menambah, keperluan dan kemudahan rakyat akan terus diutamakan selaras dengan visi kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan sentiasa mengutamak­an Sarawak dalam pelbagai aspek berbanding terlalu taksub dengan ‘politiking’ seperti yang berlaku di Semenanjun­g Malaysia.

Pada majlis yang sama beliau turut merasmikan Dewan Masyarakat Baru Entangor yang dibina dengan kos RM650,000 dan jalan masuk Kampung Entangor yang telah siap dibina dengan kos RM600,000.

Beliau juga meluluskan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2020 sebanyak RM10,000 untuk PIBG SK St Andrew, masing-masing RM5,000 untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Perkumpula­n

Wanita Kampung Entangor serta RM150,000 bagi tujuan bina baharu padang futsal di kampung berkenaan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pegawai Tadbir Sarawak Pejabat Daerah Sebuyau Ajis Ahmad, Jurutera Jabatan Kerja Raya Felicity Janang, Penghulu Kawasan Sebangan Merum Babu, Ketua Kaum Kampung Entangor Tuai Ruah Momin James Genta, Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Entangor Brodes Kati, Ahli Majlis Daerah Simunjan Peter Nanggi Dusin serta pemimpin-pemimpin tempatan.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Julaihi (tengah) bersama tetamu jemputan serta penduduk Kampung Entangor bersama-sama merasmikan Jalan Klait Entagor yang dibina dengan kos RM27 juta.
UNTUK RAKYAT: Julaihi (tengah) bersama tetamu jemputan serta penduduk Kampung Entangor bersama-sama merasmikan Jalan Klait Entagor yang dibina dengan kos RM27 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia