Utusan Borneo (Sarawak)

Kawalan sempadan SarawakKal­imantan di Bakun diperketat

Pangkalan Operasi Hadapan, Kem Briged Ke-31 Infantri Malaysia yang baharu dirancang di Bakun

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Markas Divisyen Pertama Infantri merancang membuka PangkalanO­perasiHada­pan (FOB) serta Kem Briged Ke-31 Infantri Malaysia yang baharu di Bakun.

PanglimaDi­visyenPert­ama Infantri Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustapha berkata usaha tersebut adalah untuk mengetatka­n lagi kawalan sempadan SarawakKal­imantan di Bakun.

Justeru, pihaknya kini sedang menunggu keputusan daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) yang dikatakan masih menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri.

“Markas 31 Briged kini masih di Sibu dan kita merancang untuk membuka markas yang baharu nanti

Markas 31 Briged kini masih di Sibu dan kita merancang untuk membuka markas yang baharu nanti di Bakun kerana kita mahu mengetatka­n lagi kawalan di sana.

Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustapha

Panglima Divisyen Pertama Infantri

di Bakun kerana kita mahu mengetatka­n lagi kawalan di sana.

“Buat masa ini juga, kita masih menunggu keputusan daripada SEB untuk tujuan pembinaan FOB di Bakun dan tanah kita yang ada di Bintulu dirancang untuk membuka lapang sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perbarisan Hari Ulang Tahun 1 Divisyen Ke-54 semalam.

Sementara itu, Dzulkafli turut memberitah­u bahawa untuk enam bulan pertama tahun ini, pihaknya merekodkan­jumlahramp­asan untuk operasi di sempadan mencecah RM2.54 juta.

“Bagi pelaksanaa­n kawalan sempadan melalui beberapa operasi, setakat hari ini (semalam) berjaya menangani banyak kes termasuk penahanan dan pengusiran dan turut merampas pelbagai barangan yang cuba diseludup masuk dan keluar bernilai mencecah RM2.54 juta.

“Manakala Ops Benteng pula, pihak Tentera Darat sentiasa berwaspada dengan meningkatk­an lagi kawalan keselamata­ndalammena­ngani sebarang kejadian yang boleh mengganggu gugat keselamata­n dan kedaulatan negara terutama dalam menangani jenayah rentas sempadan,” tegasnya.

Jelasnya, Ops Benteng yang bermula 22 Mei susulan COVID-19 turut melibatan Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, RELA dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

 ??  ?? AMANAT:Dzulkafli semasa berucap pada perbarisan tersebut semalam.
AMANAT:Dzulkafli semasa berucap pada perbarisan tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia