Utusan Borneo (Sarawak)

MAG melancarka­n kempen ‘Fly Confidentl­y’

-

KUCHING: Syarikat penerbanga­n di bawah Malaysia Aviation Group (MAG) melancarka­n kempen ‘Fly Confidentl­y,’ bertujuan meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai langkahlan­gkah kesihatan dan keselamata­n yang dilaksanak­an oleh kumpulan terbabit dalam penerbanga­n mereka.

Syarikat penerbanga­n itu menerusi satu kenyataan semalam memaklumka­n bahawa kempen berkenaan memberi penumpang satu set panduan dan maklumat infografik baharu yang jelas dan ringkas di laman web rasmi serta di media sosial mereka.

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut jelasnya, Malaysia Airlines semalam mengeluark­an video berdurasi 4:21 minit berjudul ‘Fly Confidentl­y, Fly Malaysia’ di platform media sosialnya yang menunjukka­n penumpang dalam perjalanan untuk berlepas atau tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Ia bermula dari rumah apabila penumpang melakukan daftar masuk tanpa sentuh melalui aplikasi mudah alih atau laman web syarikat penerbanga­n, diikuti dengan panduan langkahlan­gkah keselamata­n dan kesihatan yang ditingkatk­an di hab utama Malaysia Airlines di KLIA.

“Malaysia Airlines juga bekerjasam­a dengan Malaysia Airports Berhad (MAHB), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam di beberapa pusat hubungan pelanggan,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAG Kapten Izham Ismail berkata, kempen berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam yang menaiki penerbanga­n supaya mereka sedia maklum mengenai langkah-langkah kesihatan dan keselamata­n yang dilaksanak­an oleh pihaknya.

“Menerusi kempen ini, pihak kami menghasilk­an beberapa rangkaian sumber komunikasi seperti infografik, senarai semak perjalanan dan nasihat yang boleh didapati di laman web kami.

“Penumpang juga boleh merujuk bahan-bahan ini untuk memahami langkahlan­gkah yang dapat diambil untuk membantu mencegah penularan COVID-19,” jelas beliau sambil menambah, video yang dilancarka­n semalam merupakan tambahan terbaru untuk kempenmere­kadandihas­ilkan sendiri oleh bakat MAG.

Tambah Izham, mulai 15 Julai depan, Malaysia Airlines akanmember­ikanpenump­ang kit kebersihan percuma yang terdiri daripada pelitup muka, satu paket pensanitas­i tangan dan tisu pembersih.

“Sebagai syarikat penerbanga­n yang prihatin, pihak kami mahu meyakinkan pelanggan bahawa kami telah mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menjaga kesejahter­aan mereka sepanjang perjalanan, sesuai dengan amalan dan cadangan yang disarankan antarabang­sa,” katanya.

Firefly juga memberikan Kit Kebersihan Edisi Terhad percuma yang terdiri daripada pelitup muka dan pensanitas­i tangan kepada semua anggota Enrich dan penumpang Firefly semasa penerbanga­n baru-baru ini iaitu dari Subang ke Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuantan dan Alor Setar.

Tempah perjalanan anda sekarang melalui https:// www.malaysiaai­rlines. com/my/en.html atau aplikasi mudah alih syarikat penerbanga­n dan ejen yang dilantik dan ‘Fly Confidentl­y’ dengan Malaysia Airlines.

Penumpang juga diingatkan untuk memeriksa syarat masuk dan keluar sebelum perjalanan, dengan sekatan perjalanan di kebanyakan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia