Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas bantu Peter capai impian jadi ahli geologi

- Oleh Henrietta Liza

PELAJAR tajaan Petronas Carigali Sdn Bhd, Peter Majid Tandom, 56, telah melakar sejarah buat dirinya sendiri kerana berjaya mendapat kerjaya impian sebagai ahli geologi.

Beliau kini telah memanjat tangga kejayaan dalam kerjaya cari gali minyak negara dan menumpah bakti semula sebagai ketua di Petronas Sarawak Gas (SK Gas) di Bintulu.

“Ayah saya adalah satusatuny­a pencari nafkah keluarga pada masa itu. Dia mempunyai 10 orang anak untuk diberi makan dan saya merupakan anak kedua bongsu,” kata Peter dalam kenyataann­ya kelmarin.

Walaupun keluarga Peter hidup dalam serba kekurangan pada masa itu, tetapi beliau merupakan pelajar cemerlang di Sekolah Rendah St Joseph dan Sekolah Menengah St Joseph, Kuching pada tahun 1970-an dan awal 1980an.

Bagi menambah pendapatan keluargany­a, Peter selalu menolong ibu bapanya menjual sayur-sayuran dari rumah ke rumah pada hujung minggu.

Beliau juga bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan bangunan dan kilang membuat selipar di Kuching pada musim cuti sekolah bagi mendapatka­n wang saku.

“Belajar sangat sukar kerana saya tidak dapat membeli buku. Saya terpaksa bergantung kepada buku teks percuma daripada kerajaan.

“Ibu bapa saya tidak pandai membaca, menulis atau berbahasa Inggeris menyebabka­n sukar untuk membantu saya memohon pinjaman buku dan bantuan kewangan. Saya harus melakukan semuanya sendiri, ” jelasnya.

Duit elaun daripada tajaan biasiswa Petronas yang pertama semasa berada di tingkatan dua banyak membantu beliau membayar buku teks, membeli pakaian seragam dan keperluan lainnya.

Peter secara jujur meluahkan rasa bersyukur dan bangga menjadi satusatuny­a murid di sekolahnya yang dibantu oleh Petronas pada masa itu. “Ketika saya berada di tingkatan lima, wakil Petronas datang dan memberikan ceramah kerjaya di sekolah mengenai industri minyak dan gas.

“Selepas itu, saya mula mengimpika­n untuk menjadi ahli geologi di Petronas dan memakai pakaian kuning mereka.

“Setelah lulus peperiksaa­n tingkatan lima — yang dikenali sebagai peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (MCE) ketika itu - saya mendapat tiga tawaran biasiswa untuk melanjutka­n pelajaran ke luar negara.

“Saya memilih biasiswa daripada Petronas kerana bagi saya, ini adalah biasiswa terbaik untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang geologi,” tambahnya.

Dengan peluang berkenaan Peter terus melangkah kaki ke sebuah kolej swasta di Kanada untuk program praunivers­iti.

Kemudian beliau memasuki Universiti Laurentian di Ontario, Kanada, untuk belajar bidang geologi dengan niat untuk kembali ke Malaysia dan berkhidmat kepada Petronas.

Peter lulus pada 1988, ketika dunia sedang mengalami kemeleseta­n ekonomi menyebabka­n peluang pekerjaan di Malaysia terjejas teruk.

“Latihan saya sepatutnya selama satu tahun tetapi setelah tiga bulan saya dimasukkan ke PCSB sebagai ‘trainee engineer’ di Jabatan Kejurutera­an Petroleum,” katanya.

Beliau segera ditugaskan ke Sarawak Shell Berhad (SSB) sebagai jurutera petroleum ‘wellsite’ selama dua tahun, bekerja di pelantar penggerudi­an di luar kawasan Sarawak.

Pada 1989, Peter ditugaskan kembali ke Operasi Baram Delta (BDO) sebagai ahli geologi pembanguna­n.

Karier Peter di Petronas terus berkembang sehingga pada 1995, beliau dihantar ke Vietnam untuk menjadi ahli geologi pengeluara­n di Petronas Carigali (Vietnam) Sdn Bhd.

Peter merupakan salah seorang anggota pasukan Petronas yang menghantar minyak pertama di Vietnam.

“Kami melakukann­ya dalam tempoh 10 hari lebih awal daripada yang dijadualka­n. Ini juga pertama kalinya Petronas memperoleh minyak dari ruang bawah tanah granit, ” kata Peter.

Pada tahun 2000, beliau dipindahka­n kembali ke Petronas Carigali Sdn Bhd Operasi Sarawak untuk menjadi pengurus projek pembanguna­n di Baram.

Empat tahun kemudian, beliau dihantar ke operasi Petronas di Turkmenist­an di mana beliau sendiri sebagai sebahagian daripada pasukan yang berjaya menyampaik­an projek Uji Sumur Diperluas untuk pengembang­an minyak dan gas di Blok 1, Laut Kaspia.

“Pada tahun 2007, saya ditugaskan menjadi ketua eksplorasi Petronas Carigali (Turkmenist­an) Sdn Bhd, di mana kami membuat salah satu penemuan minyak dan gas terbesar untuk Petronas di Blok 1, Laut Kaspia,” ujarnya.

Peter kemudian dihantar pulang ke Malaysia pada 2010, untuk menjadi ketua geosains di Jabatan Kejuteraan Petroleum (PED), Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) di Kuala Lumpur.

Empat tahun kemudian, beliau menjadi ketua pengurusan Sumber Sarawak di PED, yang bertanggun­gjawab pembanguna­n minyak dan gas di luar pesisir Sarawak.

Pada tahun 2016, Peter dilantik sebagai ketua pembanguna­n sumber dan pengurusan di Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), di mana beliau mengawasi perkembang­an minyak dan gas untuk semua kontraktor yang beroperasi di perairan Sarawak.

Beliau kembali ke Sarawak pada Julai 2019 untuk mengetuai SK Gas, jawatan yang disandangn­ya sehingga kini.

“SK Gas akan menjadi aset Petronas terbesar di Malaysia dalam lima tahun akan datang,” ujarnya.

Syarikat tersebut menguruska­n operasi gas luar pesisir Petronas di Sarawak dan membekalka­n gas kepada pelanggan tempatan seperti Sarawak Energy Berhad (SEB), Shell Middle Distillate Synthesis (SMDS), ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF) dan pengguna industri kecil lain.

SK Gas juga mempunyai empat kontrak perkongsia­n pengeluara­n (PSC) di awah PCSB, iaitu Kumang Cluster PSC, MLNG Dua PSC, SK8 PSC dan SK316 PSC.

Ia adalah pengendali rangkaian gas bersepadu keseluruha­n untuk perairan Sarawak dan Kemudahan Bersepadu Bintulu (BIF).

Peter berharap perkongsia­n hidupnya itu berupaya memotivasi­kan lebih ramai anak muda yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampu­an untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

 ??  ??
 ??  ?? BERJAYA: Peter kini bertugas sebagai ketua Petronas Carigali Sdn Bhd — Sarawak Gas (SK Gas) di Bintulu.
BERJAYA: Peter kini bertugas sebagai ketua Petronas Carigali Sdn Bhd — Sarawak Gas (SK Gas) di Bintulu.
 ??  ?? BERPENGALA­MAN: Peter dan pasukan di bawahnya mengunjung­i Platform NC3 dan B11 pada Mac lalu untuk mendapatka­n pandangan mengenai pendedahan kepada risiko dan pengalaman kakitangan yang bekerja di luar pesisir.
BERPENGALA­MAN: Peter dan pasukan di bawahnya mengunjung­i Platform NC3 dan B11 pada Mac lalu untuk mendapatka­n pandangan mengenai pendedahan kepada risiko dan pengalaman kakitangan yang bekerja di luar pesisir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia