Utusan Borneo (Sarawak)

Penangguha­n pemergian jemaah haji demi kepentinga­n bersama umat Islam: Duta Arab Saudi

-

KUALA LUMPUR: Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan berkata keputusan kerajaan Malaysia menangguhk­an penghantar­an jemaah haji tahun ini demi kepentinga­n bersama antara umat Islam bagi mengekang virus COVID-19.

Qattan berkata beliau mengikuti reaksi rakyat (umat Islam) Malaysia di pelbagai platform berhubung keputusan penangguha­n itu.

“Saya mendapati rakyat Malaysia memahami dan menerima keputusan kerajaan Malaysia mengenai perkara ini. Ibadat haji merupakan perkara yang besar dan penting di sisi rakyat (umat Islam) Malaysia dan mereka sangat realistik serta sedar kepentinga­n umat Islam di seluruh dunia,” katanya kepada Bernama semalam.

Pada 11 Jun lalu, Malaysia mengumumka­n untuk menangguhk­an pemergian jemaah haji bagi Musim Haji 1441 Hijrah ke tahun hadapan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada 23 Jun lepas, Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumka­n untuk mengehadka­n jemaah haji pada tahun ini hanya untuk penduduk yang tinggal di negara itu, susulan penularan wabak COVID-19.

Menurut kementeria­n tersebut, hanya sebilangan kecil penduduk daripada pelbagai kerakyatan yang tinggal di Arab Saudi akan dibenarkan menunaikan haji tahun ini.

Sehubungan itu, Menteri Luar Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein dalam satu kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 24 Jun lepas berkata

Malaysia menyambut baik pendirian Arab Saudi yang sedang mempertimb­angkan untuk membenarka­n ibadah haji bagi tahun ini diteruskan, namun terhad kepada rakyat negara itu serta rakyat negara Islam yang sudah berada di sana.

“Pendirian Arab Saudi dalam perkara itu bukan sahaja menggambar­kan kecaknaan Khadimul Haramain al-Sharifain Raja Salman Abdulaziz dan Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi terhadap umat Islam di seluruh dunia, bagi memastikan ibadah ini dapat dilaksanak­an dengan selamat berdasarka­n perspektif kesihatan umum, malah bertepatan dengan konsep maqasid syariah iaitu hifz al-nafs (pemelihara­an nyawa),” kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Qattan berkata pendirian Malaysia menyambut baik pengumuman negaranya untuk meneruskan ibadah haji bagi tahun ini, mencermink­an hubungan erat antara keduadua negara sejak sekian lama.

“Mari sama-sama kita berdoa supaya wabak ini berakhir secepat mungkin,” katanya.

Sehingga 6 Julai, Arab Saudi telah mencatatka­n 213,716 kes baharu dan 4,207 kematian berdasarka­n kenyataan kementeria­n kesihatan negara itu.

Untuk rekod, terkesan dengan wabak COVID-19, Arab Saudi pada akhir Februari memutuskan menggantun­g kemasukan jemaah untuk mengerjaka­n umrah di Makkah dan ziarah Masjid Nabawi, Madinah.

Pada pertengaha­n Mac, Arab Saudi memutuskan menghentik­an semua penerbanga­n antarabang­sa dan menyekat pergerakan keluar masuk ke beberapa bandar raya, termasuk Makkah dan Madinah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia