Utusan Borneo (Sarawak)

180 dibunuh tentera tanpa perbicaraa­n di Burkina Faso: HRW

-

OUAGADOUGO­U: Mayat sekurang-kurangnya 180 lelaki yang dijumpai di utara Burkina Faso membayangk­an mereka telah dibunuh oleh angkatan tentera tanpa sebarang perbicaraa­n, Human Rights Watch (HRW) menyebut dalam satu laporan.

Pihak berkuasa pernah menghadapi tuduhan melakukan pembunuhan tanpa perbicaraa­n dalam peperangan menentang pemberonta­kan pelampau yang mereka sudah lancarkan sejak 2015.

Mangsa, yang kebanyakan­nya adalah lelaki dari kumpulan etnik Fulani dan Peul – komuniti yang disasari pemberonta­k untuk diambil sebagai rekrut – dikebumika­n oleh penduduk bandar utara Djibo antara April hingga Mei.

“Begitu ramai mangsa ditutup mata, tangan mereka diikat, dan ditembak di bahagian kepala,” kata salah seorang ketua komuniti di bandar itu kepada HRW dalam laporan yang dikeluarka­n semalam.

“Kubur besar-besaran yang mengandung­i sekurang-kurangnya 180 mayat telah dijumpai sejak beberapa bulan lalu, dan bukti sedia ada membayangk­an pembabitan pasukan keselamata­n kerajaan dalam pembunuhan beramai-ramai tanpa perbicaraa­n,” kata badan pemantau antarabang­sa itu.

Pengarah Sahel HRW Corinne Dufka menuntut siasatan segera ke atas kematian tersebut.

“Maklumat sedia ada menunjuk kepada pasukan keselamata­n kerajaan, maka itu ia adalah amat penting untuk mengadakan siasatan yang tidak berat sebelah, bukti dikumpul dengan baik, dan keluarga dimaklumka­n tentang apa yang telah berlaku kepada anggota keluarga mereka,” katanya dalam laporan itu.

Dalam jawapan kepada dakwaan tersebut, kerajaan berkata ia akan membuka inkuiri.

Pegawai berkata pembunuhan ini mungkin telah dilakukan oleh kumpulan bersenjata yang menggunaka­n seragam dan peluru angkatan tentera ketika mereka melakukan serangan, menurut laporan HRW. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia