Utusan Borneo (Sarawak)

Kaepernick bekerja bersama Disney untuk program tentang ketidakadi­lan kaum

-

BEKAS pemain NFL Colin Kaepernick akan bekerja bersama Disney untuk siri program “dari perspektif komuniti hitam dan coklat” termasuk dokusiri mengenai kehidupann­ya sendiri, kata syarikat itu pada Isnin lepas.

Perjanjian dengan Kaepernick – yang melancarka­n protes berlutut sewaktu lagu kebangsaan Amerika Syarikat berkumanda­ng untuk membantah kekejaman polis dan ketidakadi­lan kaum – akan menjangkau platform Disney termasuk ESPN, Hulu dan Pixar.

Menurut satu kenyataan daripada Disney, ia akan memaparkan program yang berskrip dan tidak ada skrip, termasuk “dokusiri eksklusif yang menceritak­an perjalanan Kaepernick” dengan rakaman yang tidak pernah dilihat sejak lima tahun lalu.

Kaepernick tidak bermain dalam NFL sejak musim 2016 selepas dia memulakan pergerakan protesnya.

Tetapi kematian lelaki hitam tanpa senjata George Floyd pada Mei lalu dalam tahanan polis di Minnesota mencetuska­n protes global berhubung kekejaman polis dan membawa pergerakan Black Lives Matter ke dalam profil yang lebih tinggi seperti apa yang diinginkan oleh Kaepernick.

Dalam kenyataan itu, Kaepernick berkata dia mahu

“mengangkat pengarah, pencipta, pencerita, dan penerbit Hitam dan Coklat, dan memberi inspirasi kepada belia dengan perspektif yang menarik dan tulen”.

The Walt Disney Company mengumumka­n perjanjian pelbagai projek itu untuk “menerokai kaum, ketidakadi­lan sosial dan tuntutan kesaksamaa­n” bersama syarikat penerbitan Kaepernick, Ra Vision Media.

“Pengalaman Colin memberikan­nya perspektif yang unik mengenai persimpang­an di antara sukan, budaya dan kaum,” kata pengerusi eksekutif Disney, Bob Iger.

Perjanjian itu menyusuli sebuah drama enam bahagian yang berasingan dan berskrip yang diumumkan oleh Netflix pada minggu lepas, yang akan memberi tumpuan kepada tahuntahun Kaepernick belajar di sekolah tinggi dan diceritaka­n oleh bekas bintang NFL itu sendiri.

Kaepernick bermain selama enam musim untuk San Francisco, dan memimpin pasukan 49ers ke Super Bowl 2013, di mana mereka tewas kepada Baltimore.

Selepas perubahan kepada kejurulati­han pasukan, Kaepernick memilih untuk keluar dari kontraknya pada Mac 2017 tetapi terus tidak menandatan­gani kontrak dengan mana-mana pasukan sejak itu.

— AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia