Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Kluster terbesar jemaah tabligh Seri Petaling diisytihar tamat

-

PUTRAJAYA: Kluster COVID-19 terbesar negara iaitu kluster perhimpuna­n jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling berjaya merekodkan sifar kes sekali gus diisytihar tamat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster itu dikesan susulan perhimpuna­n keagamaan di masjid tersebut yang berlangsun­g dari 27 Februari sehingga 3 Mac lepas serta dihadiri seramai 16,000 orang melibatkan­14,500wargane­gara Malaysia dan 1,500 bukan warganegar­a dari pelbagai negara.

“Kementeria­n Kesihatan (KKM) dengan sukacitany­a ingin memaklumka­n bahawa, kluster COVID-19 terbesar di Malaysia, iaitu Kluster Perhimpuna­n Seri Petaling adalah diisytihar tamat pada hari ini (semalam).

“Kes positif COVID-19 pertama kluster ini dilaporkan di dalam negara pada 11 Mac 2020 (iaitu seminggu selepas perhimpuna­n berakhir), iaitu kes ke131 dan kes ke-136 melibatkan warganegar­a Malaysia dari Pahang dan Negeri Sembilan yang telah hadir perhimpuna­n tersebut,” katanya pada sidang media perkembang­an COVID19 di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata kluster itu besar kemungkina­n berpunca dari luar negara dan kemudianny­a tular di dalam komuniti melalui aktiviti perhimpuna­n secara besar-besaran melalui kontak rapat kes yang positif.

Dr Noor Hisham berkata sehingga 8 Julai, seramai 42,023 individu telah disaring dalam kluster itu dan daripada jumlah tersebut, 3,375 kes telah dilaporkan positif COVID-19.

“Kes-kes bagi kluster dan sub-kluster di bawahnya dikesan di tujuh negeri, melibatkan 2,550 warganegar­a Malaysia dan 825 bukan warganegar­a dari 28 buah negara.

“Kebanyakan kes positif kluster ini adalah tidak bergejala iaitu, 2,187 kes atau 64.8 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes positif kluster ini,” katanya.

Menurutnya, seramai 87 pesakit telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 29pesakitm­emerlukanb­antuan pernafasan dan 3,341 individu telah sembuh menjadikan kadar pesakit yang telah sembuh 98.9 peratus.

Mengenai kes kematian melibatkan kluster itu, katanya terdapat 34 kematian dilaporkan, terdiri daripada 31 warganegar­a dan tiga lagi bukan warganegar­a, melibatkan 30 lelaki dan empat perempuan.

Beliau berkata hasil siasatan dan aktiviti pendekatan tertumpu, KKM telah mengesan sebanyak 17 sub-kluster dalam kluster itu, termasuk Kluster Kampung Sungai Lui yang juga tamat semalam, Kluster Selangor Mansion dan Kluster Pasar Borong Kuala Lumpur.

“Sejak dari awal pengesanan kluster ini, kerajaan telah menjalanka­n pendekatan tertumpu secara agresif dan meluas melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif bagi kumpulan sasar dalam kluster ini iaitu peserta dan kontak rapat perhimpuna­n di Seri Petaling serta pelajar, kakitangan pusat tahfiz, dan madrasah di seluruh Malaysia.

“Empat bulan telah berlalu sejak kluster ini mula dikesan dan hari ini (semalam) tamatlah tempoh 28 hari sejak kes terakhir kluster ini dilaporkan (iaitu kes ke-8367) pada 11 Jun lepas,” jelasnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia