Utusan Borneo (Sarawak)

Kebajikan Awang dijaga baik kerajaan negeri, persekutua­n

JHEV ATM telah membantu membina rumah baharu bagi mendiang di Sri Aman, kata Dunging

- Oleh Agnes Tugong

“Kita menjaga kebajikan mendiang sehingga ke akhir hayatnya dan dapat dilihat dari segi bagaimana persiapan dibuat bagi menguruska­n jasad mendiang.

Leftenan Kolonel (B) Dunging Serit

Bekas Pengarah JHEV ATM Sarawak

KUCHING: Kebajikan mendiang Datuk Sarjan (B) Awang Raweng dijaga dengan baik oleh kerajaan negeri dan persekutua­n sehingga nafas terakhirny­a.

Bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) Sarawak Leftenan Kolonel (B) Dunging Serit berkata beliau mengenali mendiang ketika ditugaskan sebagai pengarah JHEV Sarawak.

Bagi mengenang jasa mendiang pada ketika itu katanya, jabatan telah membantu membina rumah baharu bagi

mendiang di Sri Aman.

Sebelum itu katanya, rumah lama mendiang juga dibaik pulih oleh kerajaan menerusi tentera.

“Kita menjaga kebajikan mendiang sehingga ke akhir hayatnya dan dapat dilihat dari segi bagaimana persiapan dibuat bagi menguruska­n jasad mendiang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada upacara penghormat­an terakhir terhadap mendiang Awang Raweng di Dewan Suarah Kuching di sini semalam.

Mengulas mengenai soal kebajikan keseluruha­n veteran tentera di negeri ini, Dunging berkata sebagai bekas pengarah beliau mendapati kebajikan veteran dijaga dengan baik oleh kerajaan negeri ini.

Kerajaan negeri katanya, ada menyalurka­n bantuan kewangan untuk membantu veteran yang memerlukan.

Manakala daripada kerajaan pusat melalui jabatan pula, ada diberikan bantuan kepada veteran yang sakit seperti peralatan sokongan dan sebagainya.

“Bagi veteran yang tidak berpencen pula, apabila umur mereka mencapai 60 tahun kita memproses permohonan mereka supaya dapat bantuan RM300 sebulan.

“Jadi memang boleh saya katakan kalau di peringkat negeri Sarawak, kita ada seramai lebih kurang 25,400 veteran berpencen di negeri ini dan semuanya dijaga dengan baik.

“Kecuali yang di pedalaman mungkin ada yang tercicir kerana tidak mendapat maklumat tetapi dengan komunikasi sekarang, kita dapat sampaikan kepada mereka,” katanya.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? KEBAJIKAN DIJAGA: Dunging ditemui pada upacara penghormat­an terakhir mendiang Awang Raweng di Dewan Suarah Kuching semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi KEBAJIKAN DIJAGA: Dunging ditemui pada upacara penghormat­an terakhir mendiang Awang Raweng di Dewan Suarah Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia