Utusan Borneo (Sarawak)

Mendiang Awang layak diberi penghormat­an ikut upacara pengebumia­n negeri, ketenteraa­n

-

KUCHING: Mendiang Datuk Sarjan (B) Awang Raweng layak diberikan penghormat­an terakhir mengikut upacara pengebumia­n negeri dan ketenteraa­n.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, mendiang merupakan penerima tunggal Pingat George Cross negara daripada Ratu England.

“Saya gembira kerajaan negeri memberikan pengebumia­n negeri kepada mendiang kerana mendiang sememangny­a layak untuk penghormat­an ini.

“Mendiang sewajarnya diiktiraf lama dahulu dan mendiang adalah orang awam tertinggi diberikan penghormat­an Pingat George Cross,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada upacara penghormat­an terakhir di

Dewan Suarah Kuching di sini semalam.

Tambah Masing, jika mendiang adalah tentera yang disenaraik­an dalam tentera British mendiang akan memiliki Pingat Victoria Cross.

Tetapi oleh kerana mendiang bukan tentera yang disenaraik­an British dan hanya dikenali sebagai orang awam (orang tracker masa dulu) jadi pengiktira­fan tertinggi adalah George Cross.

Ujar Masing lagi beliau pernah terlibat membantu mendiang beberapa tahun lalu apabila mendiang diundang menghadiri majlis hari jadi Ratu England.

“Jadi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) membantu mengumpul dana untuk menerbangk­an mendiang bersama dua cucu lelakinya.

“Sekurang-kurangnya, saya ada peluang untuk membantu dalam apa sahaja cara yang kami dapat,” katanya yang juga presiden PRS.

Masing dalam pada itu turut mengingatk­an rakyat negeri ini tanpa kira bangsa dan agama untuk menghargai mereka yang mengorbank­an nyawa demi keselamata­n negara.

Dengan pemergian mendiang katanya, Sarawak dan negara amnya kini kehilangan pejuang negara di mana mendiang Awang merupakan Iban Tracker terakhir di negeri ini.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PENGHORMAT­AN: Masing (dua kiri) memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Awang di Dewan Suarah Kuching semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PENGHORMAT­AN: Masing (dua kiri) memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Awang di Dewan Suarah Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia