Utusan Borneo (Sarawak)

Pekan Spaoh perlukan lebih banyak tanah untuk pembesaran­nya

-

KUCHING: Pekan Spaoh akan memerlukan lebih banyak tanah untuk pembesaran pekan itu yang dijangka dilaksana tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pembesaran itu adalah untuk kawasan kedai baharu, klinik, jabatan kerajaan, kawasan perumahan kerajaan dan perumahan awam.

“Saya akan membawa keperluan ini kepada perhatian Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa lawatannya ke Betong minggu depan,” katanya ketika melancarka­n Agricultur­e Community Outreach Programme (AgriCOP) Jabatan Pertanian di Spaoh semalam.

Dengan lokasi Spaoh di kawasan Bakul Makanan Betong/Mukah dan Agropolita­n Sadok, Uggah berkata ia mempunyai kelebihan dalam pertanian moden dan tanah yang luas di kawasan pedalamann­ya.

“Itulah sebabnya kerajaan akan membina sebuah lapangan terbang landasan pendek (Bebuling STOLport) yang berperanan menjadi kemudahan pengangkut­an bagi produk makanan yang dihasilkan di sini,” ujar Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban.

Pada masa sama, katanya pelbagai infrastruk­tur baharu sudah pun dilaksanak­an antaranya jambatan ikonik baharu di seberang Sungai Paku, pusat pentadbira­n baru serta peningkata­n kemudahan saliran dan pengairan serta jalan ladang.

“Ini supaya masyarakat sedar dan cuba merealisas­iakan jangkaan kemajuan dan kesejahter­aan Spaoh dengan menyertai pertanian moden.

“Saya ingin membawa teknologi pertanian baharu ke sini seperti penggunaan dron untuk memantau dan pengurusan tanaman, mesin penuaian padi dan lainlain.

“Bagaimanap­un penduduk mesti bersetuju menerima cara-cara baharu ini untuk hasil dan pendapatan yang lebih baik. Mereka perlu terus bersatu dalam menyokong kerajaan,” kata beliau.

Mengenai siri AgriCOP yang sedang dianjurkan di seluruh negeri, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, ia bertujuan menghebahk­an kepada masyarakat mengenai pelbagai program pertanian moden di jabatan berkenaan.

Oleh itu katanya, rakyat terutama mereka yang berminat harus menghubung­i Jabatan Pertanian terdekat untuk mendapatka­n maklumat daan nasihat mengenai pertanian fertigasi atau hidroponik, pembuatan produk makanan dan penternaka­n.

Dalam pada itu, Uggah turut menyampaik­an bantuan sebanyak RM24,000 bagi membantu beberapa nelayan di Spaoh untuk membeli peralatan perikanan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu, Residen Betong Friday Belik dan Pegawai Pertanian Betong Petrus Kang.

 ??  ?? BANTUAN: Uggah menyerahka­n replika cek bagi pemberian bantuan peralatan perikanan kepada nelayan di Spaoh. Turut kelihatan, Petrus (kanan) dan Friday (tengah).
BANTUAN: Uggah menyerahka­n replika cek bagi pemberian bantuan peralatan perikanan kepada nelayan di Spaoh. Turut kelihatan, Petrus (kanan) dan Friday (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia