Utusan Borneo (Sarawak)

Pentadbira­n tersusun faktor SABERKAS bertahan lama

-

MIRI: Pentadbira­n tersusun dalam Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) faktor penubuhann­ya terus bertahan sehingga kini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata penyatuan dan persefaham­an kalangan ahli pelbagai kaum menjadikan SABERKAS sebuah pertubuhan belia disegani.

“SABERKAS masih hidup, miliki hayat kerana pimpinan menyusun dengan baik, dari Tun Rahman, Tun Taib dan saya.

“Susunan baik, saya rasa di peringkat akar umbi juga menyumbang kepada pembanguna­n belia negeri ini,” katanya pada majlis sarapan pagi bersama ahliahli SABERKAS Cawangan Piasau dan penyampaia­n sijil ‘Baktimu Dikenang’ Kamek Orang SABERKAS di sini pagi semalam.

Abang Johari yang juga bekas presiden SABERKAS berkata, dengan pendekatan seimbang golongan belia dilatih mengurus kaum dengan mengelak sensitivit­i kaum dan agama.

“Saya melihat SABERKAS sebagai satu pertubuhan terkuat di Malaysia kerana ramai pemimpin dari Semenanjun­g Malaysia datang ke Sarawak diberi taklimat tentang SABERKAS dan mereka kagum dengan pertubuhan kita.

“Kita dapat menguruska­n pembanguna­n belia dengan tersusun dan sebagai input dasar kerajaan. Pertubuhan mantap daripada semua sudut dan dalam keadaan baik. SABERKAS dihormati oleh orang lain,” jelasnya.

Melihat kepada kepentinga­n ilmu dan kemahiran teknologi zaman moden ini, ia harus dijadikan aspek utama pembanguna­n ahliahli SABERKAS.

Mereka juga boleh mendapat pandangan dan nasihat daripada orang lama terhadap keputusan dan perancanga­n yang bakal dilaksanak­an.

“Selaku bekas presiden, saya mengucapka­n terima kasih. Kita sebagai orang tua, beri nasihat kepada orang muda, orang muda jangan ikut emosi, jangan cepat ikut perasaan buat keputusan,” katanya.

Beliau yakin presiden SABERKAS yang baharu, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah akan membawa lebih banyak kecemerlan­gan kepada SABERKAS khasnya sumbangan belia kepada pembanguna­n negeri ini.

“Tahun ini, saya menyerahka­n pimpinan SABERKAS kepada orang baharu (Datuk Abdul Karim) yang banyak melihat pembanguna­n belia. Bawa ke era baharu, mencabar dari sudut perubahan sosial dan ekonomi masa depan,” jelasnya.

Terdahulu, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Pengerusi SABERKAS Cawangan Piasau Datuk Sebastian Ting berterima kasih atas sumbangan Abang Johari terhadap pembanguna­n SABERKAS selama ini.

Majlis tersebut adalah untuk mengenang jasa bakti ahli-ahli SABERKAS termasuk ahli lama terus diingati dan dihargai sepanjang masa.

Seramai 30 ahli dan wakil menerima sijil daripada Abang Johari.

Turut hadir Menteri Kesenian dan Pelanconga­n merangkap Presiden SABERKAS Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin dan ADUN Daro yang juga Setiusaha Agung SABERKAS Shafiee Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia