Utusan Borneo (Sarawak)

Kesaksamaa­n gender perlu beri peluang kepada wanita sebagai pemimpin, pembuat keputusan

-

KUCHING: Kesaksamaa­n gender diperlukan bagi memberi peluang kepada wanita sebagai pemimpin di peringkat atasan dan terlibat sama SEBAGAI pembuat keputusan demi mewujudkan kesejahter­aan dalam masyarakat.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Kelurga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata demikian sambil percaya lebih banyak usaha perlu dijalankan bagi mencapai hasrat berkenaan.

“Pengurusan pentadbira­n dalam negara dan kepimpinan di peringkat agensi awam hari ini baharu menyaksika­n wanita kita mencapai 20.4 peratus posisi iaitu masih di bawah sasaran sebenar sebanyak 30 peratus sebelum menjelang 2030.

“Atas dasar banyak sebab, wanita kita sering mundur ke belakang daripada penglibata­n dalam masyarakat awam, pejabat awam atau politik untuk membawa kepada pembanguna­n sosial yang ideal.

“Perkara ini perlu diubah kerana pandangan daripada golongan wanita juga amat diperlukan untuk disuarakan dalam pelaksanaa­n polisi sosial,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n Sayap Wanita Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di sini, lewat petang kelmarin.

Kesaksamaa­n penyertaan dan peluang yang diberikan kepada golongan wanita amat penting kerana kerja serta sumbangan mereka itu saling melengkapi peranan lelaki dalam pembanguna­n negara, tegasnya.

Beliau pada majlis itu turut menyeru kepada pembuat keputusan tertinggi agar wanita Bidayuh diberi peluang memegang jawatan tertinggi dalam masyarakat sebagai penghulu, temenggung atau pemanca.

“Wanita Bidayuh sangat berkaliber dan berpendidi­kan, berketramp­ilan, tidak kalah berbanding kaum lain di Sarawak dan jelas Sayap Wanita DBNA turut memperjuan­gkan ‘1 hati, 1 minda, 1 Bidayuh’ iaitu pembanguna­n lestari bernombor 5 dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) manjadikan ia lebih relevan,” jelasnya.

Fatimah turut menyokong usaha Wanita DBNA dalam mengekang serta menjalanka­n pelbagai usaha advokasi bagi masyarakat Bidayuh terhadap penyalahgu­naan dadah, lantas digalakkan bekerjasam­a dengan Majlis Pembanguna­n Sosial di kementeria­nnya untuk mengadakan lebih banyak aktiviti dan kempen kesedaran pada masa depan.

Pada masa yang sama, beliau turut memuji usaha DBNA kerana sentiasa memulihara keunikan kebudayaan bangsa Bidayuh sambil menggesa lebih ramai wanitanya memasarkan produk mereka dalam talian khususnya golongan suri rumah dan ibu tunggal.

Pada majlis itu, Fatimah juga telah mengumumka­n geran berjumlah RM5,000 kepada DBNA.

Majlis dihadiri Pengerusi DBNA Datu Ik Pahon Joyik dan Pengerusi Sayap Wanita DBNA Ahli Majlis Theresa Dunstan.

 ??  ?? KENANGAN: Fatimah diapit Theresa (empat kiri) bergambar kenangan bersama exco Wanita DBNA sesi jawatankua­sa sebelumnya lewat petang kelmarin.
KENANGAN: Fatimah diapit Theresa (empat kiri) bergambar kenangan bersama exco Wanita DBNA sesi jawatankua­sa sebelumnya lewat petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia