Utusan Borneo (Sarawak)

GPS tetap jadi pilihan rakyat pada PRN12

Sudah terbukti kewibawaan­nya walaupun PRN akan datang merupakan ujian kali pertama GPS

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap menjadi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo berkata, gabungan itu sudah terbukti kewibawaan­nya walaupun PRN akan datang merupakan ujian kali pertama bagi GPS.

“Kita (GPS) bukan hanya bercakap dan berjanji... kita laksanakan apa yang harus dilakukan,” katanya dalam satu majlis di Nanga Baoh, Dalat dekat sini.

Beliau berkata, GPS di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membawa perubahan besar terutama daripada aspek fizikal pembanguna­n negeri.

Katanya, penyediaan pembanguna­n merangkumi kemudahan jalan raya, bekalan air bersih dan seumpamany­a terutama di kawasan luar bandar bukanlah sesuatu yang murah dari segi kos.

“Namun, demi kemaslahat­an rakyat berbilion ringgit digunakan oleh kerajaan negeri untuk tujuan itu,” jelasnya.

Mengenai PRN akan datang, mungkin ramai pihak mahu menjadi calon mewakili pelbagai parti, ia adalah hak demokrasi.

Namun, kerelevana­n GPS dan bukti pentadbira­n serta keharmonia­n politik diamalkann­ya sejak dahulu bakal menjuarai hati rakyat negeri ini.

Pada masa sama, Yussibnosh berpesan kepada ahliahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) agar sentiasa menjaga keamanan, keharmonia­n dan pemantauan holistik kawasan mereka.

Kita (GPS) bukan hanya bercakap dan berjanji... kita laksanakan apa yang harus dilakukan.

Yussibnosh Balo

ADUN Tellian

 ??  ?? SANTAI BERSAMA: Yussibnosh (duduk, depan lima kanan) ketika bersama penduduk di Nanga Baoh pada program tersebut.
SANTAI BERSAMA: Yussibnosh (duduk, depan lima kanan) ketika bersama penduduk di Nanga Baoh pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia