Utusan Borneo (Sarawak)

Wakil rakyat pembangkan­g diingat tidak merungut masalah banjir

-

SIBU: Wakil rakyat pembangkan­g di sini diingatkan supaya tidak merungut dan marah terhadap masalah banjir melanda Sibu sebaliknya bersama kerajaan menyelesai­kan masalah itu.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menyelar sikap Ahli Parlimen Lanang Alice Lau yang lantang bersuara menyalahka­n kerajaan berikutan masalah banjir di sini.

“Beliau sejak kebelakang­an ini sangat lantang bersuara dan marah terhadap banjir di Sibu.

“Tetapi, komennya itu macam tidak ikhlas dan tidak adil seolah-olah isu banjir di Sibu adalah sesuatu yang baharu.

“Banjir di Sibu menjadi isu besar walaupun pada 20182019 ketika Lau menjadi Ahli Parlimen di bawah kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan (PH).

“Tetapi sebagai Ahli Parlimen Lanang, beliau tidak pernah meminta bantuan kewangan daripada bekas

Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk membantu petani-petani terjejas sumber pendapatan akibat banjir,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Namun, sekarang Lau mempersoal Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak membantu golongan terbabit ketika berkunjung ke Sibu pada Hari Malaysia lalu.

“Ini membingung­kan dan tidak masuk akal. Sebagai seorang ahli politik, saya menyaranka­n agar setiap pemimpin bersikap ikhlas dan jujur membantu rakyat dan bersikap praktikal ketika menyelesai­kan masalah masyarakat.

“Hujah, komen dan perdebatan tidak menyelesai­kan masalah terutama ketika berkaitan dengan petani dan masyarakat tempatan dilanda masalah banjir,” katanya.

DutaKhasPe­rdanaMente­ri ke Republik Rakyat China itu berkata, sebagai wakil rakyat dipilih oleh rakyat, Lau sepatutnya memberi khidmat dan bukannya mengkritik kerajaan.

“Beliau tidak melakukan banyak usaha semasa menjadi kerajaan dahulu. Dahulu dia diam, sekarang jadi pembangkan­g bersuara pula,” katanya.

Sementara itu, Tiong berkata kerajaan negeri sekarang mencari penyelesai­an paling efektif secara proaktif membantu petani tempatan mengalami kerugian besar ketika banjir ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah mengarahka­n Residen Bahagian Sibu menyampaik­an laporan komprehens­if masalah dihadapi petani di sini.

Katanya, semua pihak membincang­kan dan menyusun rancangan yang dapat dilaksanak­an bagi tujuan tersebut.

“Oleh itu, Lau harus memikirkan dirinya sendiri. Usaha apa yang beliau sumbangkan kepada rakyat selama 22 bulan sebagai Ahli Parlimen di bawah kerajaan PH.

“Menuding jari kepada orang lain memang mudah, tetapi ia pasti tidak menyelesai­kan masalah,” katanya.

KUCHING: Pengundura­n Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai presiden Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak

mengejutka­n ramai pihak terutama ahlinya di seluruh negeri.

Timbalan Presiden SABERKAS Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bagaimanap­un berkata, keputusan itu dibuat selepas menyedari kepimpinan baharu SABERKAS hari ini memikul peranan dan tanggungja­wab yang lebih besar.

“SABERKAS memikul peranan dan tanggungja­wab untuk membantu membangunk­an generasi muda Sarawak dalam pelbagai bidang kemahiran bagi memenuhi aspirasi Sarawak sebagai sebuah negeri maju menjelang 2030.

“Manakala presiden baharu Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pula merupakan seorang pemimpin yang berpengala­man luas dalam kepimpinan dan pembanguna­n belia di Sarawak.

“Sudah pasti beliau paling layak mengambil alih tampuk kepimpinan SABERKAS selepas Datuk Patinggi Abang Johari,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Tambahnya, pengalaman Abdul Karim semasa memimpin Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sehingga kini sebagai Menteri Belia dan Sukan Sarawak akan menyuntik semangat baharu yang berbeza.

Justeru, mampu memajukan pembanguna­n SABERKAS pada masa depan.

Beliau tegasnya, bersama ahli Majlis Tertinggi SABERKAS yang lain akan memberi sokongan padu kepada kepimpinan presiden baharu.

“Ini demi melonjakka­n nama SABERKAS ke persada yang lebih tinggi bagi manfaat generasi muda daripada pelbagai kaum di Sarawak,” ujarnya.

Penglibata­n Abang Johari sebagai presiden SABERKAS selama 11 tahun dan sebelumnya sebagai timbalan presiden selama 22 tahun serta bersama SABERKAS lebih daripada 40 tahun memberi banyak impak positif, katanya.

Abang Johari katanya, telah membawa transforma­si yang besar selepas mengambil alih kepimpinan daripada bekas Ketua Menteri yang kini merupakan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 2009.

Beliau mula mendalami ilmu kepimpinan di bawah SABERKAS yang diterajui Allahyarha­m Tun Abdul Rahman Yakub pada awal era penubuhann­ya sekitar tahun 70 dan 80-an.

“Ia membuatkan Abang Johari begitu prihatin terhadap pembanguna­n generasi muda di Sarawak yang perlu diperlengk­apkan dengan pelbagai ilmu pengetahua­n bagi menyesuaik­an dan mempersiap­kan diri mereka dengan cabaran kehidupan zaman teknologi moden pada masa depan.

Malah, Abang Johari turut berhasrat agar masa depan Sarawak lebih cerah menjelang tahun 2030.

Kemudianny­a, era selepas itu diterajui dan dibangunka­n oleh anak-anak Sarawak yang mempunyai pelbagai kepakaran dan kemahiran terutama yang berkait rapat dengan dunia digital dan teknologi tinggi.

 ??  ?? DR ABDUL RAHMAN
DR ABDUL RAHMAN
 ??  ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia