Utusan Borneo (Sarawak)

Semua parti komponen GPS harus bekerjasam­a pastikan kemenangan

-

SIBU: Semua parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini harus bekerjasam­a bagi memastikan kemenangan kepada semua calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) nanti.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Nangka Benson Chua berkata kerjasama dan persefaham­an antara parti komponen GPS amat penting bagi bersama-sama berjuang.

“Perjuangan bersama menandakan kebersamaa­n dalam sebuah keluarga dan oleh itu kita dalam GPS adalah sebagai satu keluarga.

“PRN12 akan diadakan tidak lama lagi, semua parti komponen GPS perlu bekerjasam­a merampas kerusi daripada pembangkan­g sekali gus mengekalka­n kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dengan majoriti lebih besar.

“Kita mesti melakukan yang terbaik membantu ADUN Nangka Dr Annuar Rapa’ee pada PRN12 akan datang.

“Kita mesti memastikan lebih banyak undi pengundi Cina kepadanya,” katanya berucap pada Festival Sambutan Kuih Bulan di sini malam kelmarin.

Sambutan dianjurkan SUPP Cawangan Nangka itu turut memberi insentif pendidikan kepada empat pelajarnya yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam.

Sementara itu, Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong menekankan sokongan dan kerjasama penuh antara empat parti komponen dalam GPS adalah amat penting bagi menghadapi PRN12.

“Tanpa sokongan dan kerjasama penuh empat parti komponen dalam GPS, saya rasa kita mungkin tidak dapat berjuang dengan baik dan mencapai kemenangan pada PRN12 nanti,” katanya.

Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) itu berkata kedua-dua SUPP dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) melalui kerjasama baik sebelum ini.

GPS terdiri daripada empat parti komponen iaitu PBB, SUPP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP).

“Amtara semua parti komponen ini, sejarah dan persahabat­an antara PBB dan SUPP adalah paling lama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SUPP Pelawan Clarence Ting berkata masyarakat Cina adalah pengundi minoriti di DUN Nangka.

“Yang penting menggerakk­an semua ahli SUPP pergi kepada masyarakat Cina di Nangka memberi sokongan penuh kepada Dr Annuar bagi memastikan beliau menang dengan majoriti lebih besar.

“Saya rasa mungkin ada kesulitan tertentu di mana

Dr Annuar memerlukan bantuan kita. Seperti anda semua ketahui, GPS adalah perkara baharu, logo baharu dan berumur sekitar dua tahun.

“Oleh itu, ramai orang mungkin tidak tahu apa itu GPS dan itulah sebabnya saya berharap ahli-ahli SUPP Nangka dan semua ahli membantu dan bekerjasam­a.

“Sekiranya anda membantu PBB di Nangka, mereka akan membantu kita di Pelawan, Dudong, Bukit Assek dan Bawang Assan dan ini adalah cara kita bekerja kerana Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pernah mengatakan ‘anda menyentuh satu, anda akan menyentuh semua’ dan ini adalah motto beliau.

“Jadi, saya harap ini menjadi semangat kita dalam menuju PRN12 akan datang,” kata Ting yang juga pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS).

Sehubungan itu, Ketua Pemuda SUPP Bukit Assek Kaunselor Joseph Chieng memaklumka­n kepada mereka yang hadir bahawa festival kuih bulan melambangk­an kebersamaa­n dalam keluarga. “Itulah sebabnya mengapa malam ini (Sabtu), sangat sesuai kerana kita adalah keluarga dalam GPS.

“Saya percaya PRN12 tidak lama lagi, sebab itulah sangat penting parti komponen GPS bekerjasam­a merampas kembali kerusi (tewas kepada pembangkan­g) sambil mengekalka­n Nangka dengan majoriti lebih besar,” kata Chieng.

Setiausaha PBB Cawangan Nangka Abang Amir Abang Latip yang mewakili Dr Annuar hadir pada majlis tersebut memohon agar kerjasama tersebut dapat diteruskan dan diperkukuh­kan.

“Kerjasama ini perlu diteruskan dan generasi baharu harus mengikuti apa yang dilakukan pemimpin terdahulu.

“Saya harap PRN12 akan datang, SUPP Nangka memberi kerjasama penuh kepada kami,” kata Abang Amir.

Hadir sama Timbalan Presiden II SUPP merangkap Pengerusi SUPP Bukit Assek Datuk Chieng Buong Toon dan Jason Tay mewakili Pengerusi SUPP Bawang Assan Senator Robert Lau.

 ??  ?? TAHNIAH: Datuk Chieng (depan, tiga kiri) menyampaik­an insentif pendidikan kepada penerima sambil disaksikan Chua (depan, kiri), Wong (depan, kanan), Ting (depan, dua kanan), Abang Amir (belakang, empat kanan) serta yang lain.
TAHNIAH: Datuk Chieng (depan, tiga kiri) menyampaik­an insentif pendidikan kepada penerima sambil disaksikan Chua (depan, kiri), Wong (depan, kanan), Ting (depan, dua kanan), Abang Amir (belakang, empat kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia