Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan rayu kerajaan teruskan bantuan PENJANA

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diperkenal­kan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membantu golongan usahawan membawa manfaat besar kepada para penerima.

Ia susulan inisiatif Kerajaan PN di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang bukan sahaja membantu dari segi kelangsung­an pengurusan operasi syarikat, malah menangani isu pembayaran gaji pekerja dan terus bergiat maju dalam perniagaan yang dijalankan.

Salah seorang penerima bantuan PENJANA, Fadzrul Dullie yang juga pemilik syarikat Beta Maju Sdn Bhd berkata, bantuan PENJANA berjumlah RM15,000 sangat membantu operasi syarikatny­a.

Beliau berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an akibat pandemik COVID-19, banyak kekangan terpaksa dihadapi termasukla­h pembayaran gaji pekerja.

“Dengan adanya bantuan ini, kami boleh fokus dalam meneruskan fasa pembanguna­n yang dijalankan syarikat tanpa memikirkan tindakan untuk membuang pekerja.

“Syarikat kami mempunyai 16 pekerja kesemuanya dan bantuan PENJANA amat membantu kami mengekalka­n tenaga kerja sedia ada,” katanya ketika dihubungi di sini.

Syarikat Beta Maju beroperasi sejak 2008 menjalanka­n operasi berkaitan teknologi maklumat termasuk mencipta aplikasi telefon pintar.

Sementara itu, pemilik syarikat Mama Best Food Manufactur­er Sdn Bhd Rozilah Abdullah berkata, menerusi bantuan PENJANA, pihaknya dapat menawarkan peluang pekerjaan baharu dengan insentif bayaran sebahagian upah melalui Program PENJANA Kerjaya PERKESO.

Menurutnya, bantuan itu melibatkan bayaran RM600 untuk perantis, RM800 bagi pekerja di bawah 40 tahun dan RM1,000 untuk yang berumur di atas 40 tahun dan orang kurang upaya (OKU).

“Insentif ini sangat membantu syarikat mengurangk­an beban tanggungan bayaran gaji serta mendorong kami melonjakka­n perniagaan dengan tambahan tenaga kerja.

“Program ini memberi manfaat yang sangat besar ke arah kemampanan perniagaan syarikat dalam situasi ekonomi yang sangat mencabar,” katanya.

Antara produk yang dihasilkan oleh syarikatny­a ialah pau sejuk beku berjenama MAMAS dan Mama

Best Food juga membekalka­n perkhidmat­an untuk restoran, kafe, kantin, dan kios.

Selain itu katanya, bekalan pau sejuk beku MAMAS boleh didapati di 16 cawangan BATARAS dan pasar raya yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? INOVASI: Aplikasi Tamuku antara produk yang dihasilkan syarikat Beta Maju.
INOVASI: Aplikasi Tamuku antara produk yang dihasilkan syarikat Beta Maju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia