Utusan Borneo (Sarawak)

Geran Khas Prihatin RM3,000 untuk pengusaha PKS mikro, kata Noriah

-

SARIKEI: Bagi mengatasi masalah perniagaan dihadapi usahawan Sarawak yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19, kerajaan persekutua­n menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) iaitu Prihatin PKS telah memberikan Geran Khas Prihatin.

Pengarah Jabatan Perniagaan Usahawan Wanita Sarawak (PuWaS) Noriah Ahmad berkata, geran tersebut adalah berjumlah RM3,000 untuk setiap pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro.

“Bagi Kerajaan Sarawak, ia menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2.0 telah memberikan dana khas berjumlah RM1,500 kepada 65,000 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bagaimanap­un,masihbanya­k usahawan wanita Sarawak yang terjejas tidak layak memohon bantuan tersebut kerana tidak memenuhi kriteria utama permohonan iaitu mesti memiliki lesen atau permit perniagaan.

“Sehubungan itu, menerusi

Task Force ini, pelbagai agensi akan memainkan peranan masing-masing bersama turun padang ke kawasan yang terjejas, sekali gus dapat membantu menyediaka­n usahawan wanita Sarawak dengan pendaftara­n perniagaan dan lesen perdaganga­n bagi memastikan mereka dapat memohon bantuan yang diberikan kerajaan pada masa depan,” kata Noriah.

Beliau berkata demikian pada Program Pelesenan Perniagaan Usahawan Wanita Sarawak di Dewan Suarah Sarikei semalam.

Program ini telah melibatkan kerjasama 10 agnesi kerajaan iaitu Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan (MINTRED), Lembaga Multumedia Sarawak (SMA), Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH), Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Centre of Technical Excellence

Sarawak (CENTEXS), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah.

Menurut Noriah, Mobile Task Force ini akan merangkumi tiga komponen utama iaitu konsultans­i pendaftara­n perniagaan dan lesen dagangan oleh setiap agensi, penglibata­n bersama semua jenis usahawan (sepenuh masa, separuh masa dan dalam talian) serta pengemaski­nian pangkalan data usahawan wanita Sarawak.

Katanya, bagi pendaftara­n perniagaan dan lesen dagangan, agensi yang terlibat akan mengutip bayaran berdasarka­n perkara yang dipohon usahawan.

“Dalam perniagaan, usahawan mestilah turut memainkan peranan dengan berusaha menjana modal sendiri bagi memastikan perniagaan yang dilakukan adalah sah dan mampu bersaing antara satu sama lain,” jelasnya.

Tambah Noriah, pada 30 April 2020, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak telah melaksanak­an Survei Impak COVID-19 kepada Usahawan Wanita Sarawak.

“Berdasarka­n hasil dapatan survei, seramai 295 orang (71 peratus) daripada 415 responden mengalami masalah kewangan untuk meneruskan perniagaan mereka, manakala seramai 234 orang (56 peratus) usahawan telah hilang punca pendapatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu sejak 18 Mac lepas yang menunjukka­n modal pusingan perniagaan merupakan keperluan mendesak mereka pada waktu ini.

“Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah usahawan wanita yang terjejas akibat COVID-19, YAB Ketua Menteri telah bersetuju pada 29 Mei bagi menukarkan geran daripada bentuk peralatan dan kelengkapa­n berjumlah RM5,000 kepada bentuk modal pusingan bernilai RM2,000 bagi setiap usahawan wanita Sarawak yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” ujar Noriah lagi.

Hadir sama menyempurn­akan majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii serta ketua masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia