Utusan Borneo (Sarawak)

KEMAS Sri Aman jayakan Program Keluarga Sejahtera di Rumah Elly Banggan

-

SRI AMAN: Seramai 20 penduduk dari Rumah Elly Banggan, Kampung Sungai Bakong, Lingga telah menyertai Program Keluarga Sejahtera anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman dekat sini, semalam.

Pegawai KEMAS Bahagian Kelvin Lambai berkata, program itu salah satu program bulanan anjuran jabatan di rumah panjang berkenaan.

Menurutnya, program kali ini adalah program siri kedua tahun ini di mana program siri pertama iaitu Program Kembara Ilmu telah diadakan di Kampung Melayu, Bakong, Lingga yang melibatkan aktiviti membersihk­an Tabika KEMAS di situ.

Katanya lagi, penganjura­n Program Kesejahter­aan Keluarga di rumah panjang bereknaan lebih menumpukan kepada konsep atau pendedahan kepada masyarakat desa tentang cara mengamalka­n gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian di mana kini masyarakat sedang menghadapi peralihan ke arah kehidupan norma baharu berikutan pandemik COVID-19.

Dalam menghadapi situasi ini tambah Kelvin, masyarakat perlu menjalani kehidupan dengan cara baharu dan sentiasa mengamalka­n aspek kebersihan dan menjaga keselamata­n diri dan keluarga.

“Jangan lupa masyarakat di sekeliling kita juga perlu mengamalka­n perkara yang sama dan kehidupan kita pada hari ini amat berbeza sebelum berlakunya COVID-19 yang kini telah menjadi penyakit berbahaya kepada masyarakat dunia,” ujarnya semasa menutup rasmi program berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Promosi Kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Zaifa Johari menjelaska­n, pihaknya sedang melakukan pelbagai pendekatan dengan agensi kerajaan di Sri Aman untuk membantu mempromosi­kan ‘Amalan Gaya Kehidupan Baharu’ pasca-COVID-19.

“Kami sedang melakukan pelbagai kolaborati­f dengan pelbagai agensi di Sri Aman termasuk KEMAS dalam usaha kami berkongsi dengan masyarakat tentang amalan-amalan gaya hidup baharu pasca-COVID-19,” jelasnya.

Walaupun kes COVID19 kini di tahap terkawal, masyarakat tidak seharusnya leka kerana kes boleh melonjak dalam sekelip mata.

“Apa yang penting ketika ini, semua pihak harus bekerjasam­a dengan mengamalka­n gaya kehidupan baharu dan sentiasa menjaga keselamata­n diri dan keluarga tanpa mengira di mana kita berada sama ada di rumah mahupun di tempat awam,” katanya.

Dalam pada itu, program turut diselitkan dengan ceramah dan kuiz kesihatan.

Hadir sama ialah Penyelia Pembanguna­n Kemahiran (PIKEM) KEMAS Bahagian Rosani Ham, Penyelia Pembanguna­n Insan Musa Haadi dan Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Sri Aman Bahagian Wan Habeeb Wan Mohamad serta kakitangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia