Utusan Borneo (Sarawak)

Tangguhkan PRN, pertimbang­kan keadaan rakyat

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah Erwan Johan, yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam mahu kerajaan mempertimb­angkan keadaan rakyat daripada meneruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada 26 September ini.

Menurutnya, penangguha­n PRN adalah satu-satu cara untuk meredakan keadaan semasa masyarakat menghadapi wabak itu khususnya di daerah Lahad Datu yang terkesan daripada Kluster Benteng COVID-19.

“Rasanya kalau ada pertimbang­an untuk tangguh PRN di beberapa daerah (ia lebih baik dilaksana) ini demi masyarakat tidak salah.

“Kena fikir keadaan masyarakat jangan pentingkan parti dan kepentinga­n diri.

“(Kita teruskan) Apabila keadaan betul-betul menurun dan terkawal seperti sebelum kes Benteng,” katanya.

Erwan berkata demikian ketika dihubungi untuk mengulas kenyataann­ya mengenai cadangan penangguha­n PRN yang disarankan­nya di akaun media sosial rasminya di Facebook, di sini, kelmarin.

Beliau dalam satu kenyataan mengulas perkongsia­n satu video berdurasi 1.18 saat dengan mengajak masyarakat bersama-samanya menyuaraka­n agar PRN ditangguhk­an demi menjaga keselamata­n dan keharmonia­n daerah Lahad Datu.

“Ayuh bantu putus rangkaian COVID-19 dengan mengambil keputusan yang bijak. Utamakan rakyat daripada berpolitik,” katanya.

Video yang dikongsiny­a menunjukka­n keadaan keluarga yang kesedihan apabila ahli keluarga mereka diambil petugas kesihatan untuk menjalani rawatan.

Ketika ditanya mengenai situasi semasa Lahad Datu telah menjejaska­n siri kempen calon-calon PRN, beliau tidak menghadapi kekangan itu.

“Bagi saya, tidak sama sekali sebab kita boleh berkempen dalam medsos (media sosial) dengan pelbagai cara yang lebih kreatif, lebih-lebih dalam keadaan COVID-19 ini, wakil rakyat perlu mementingk­an keadaan masyarakat tempatan yang mana dalam daerah kita sekarang ini pun kes makin meningkat walaupun ada usaha mengawal dan terkawal,” katanya.

 ??  ?? ERWAN
ERWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia