Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi jangan ulang kesilapan lalu, beri peluang calon BN berkhidmat

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Naib Presiden MCA Senator Datuk Lim Ban Hong berharap pengundi tidak mengambil risiko yang tinggi untuk beri peluang kepada calon-calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, sebaliknya terus memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN).

Katanya, pengundi perlu menjadikan pilihan raya lepas sebagai pengajaran dan tidak terpedaya untuk kali kedua yang ternyata tidak memberi keuntungan kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sarapan pagi bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura Chan Boon Thian dan pengundi di Restoran Zakaria Mid Town Plaza, kelmarin.

Sepanjang kempen, beliau yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­nAntaraban­gsadan Industri berkata, calon-calon BN dari MCA yang bertanding di Elopura, Karamuntin­g, Likas dan Kepayan dilihat rajin berjalan untuk bertemu pengundi-pengundi bagi menyampaik­an mesej visi dan misi masing-masing.

“Sekiranya mereka diberi mandat menjadi wakil rakyat, mereka akan melaksanak­an tanggungja­wab dengan baik selaku wakil rakyat dan sekaligus merealisas­ikan perlaksana­an manifesto di kawasan mereka,” katanya.

Dalam kempen mereka, Lim melihat rakyat menyambut baik calon-calon ini kerana mereka mempunyai latar belakang terlibat berkhidmat untuk masyarakat dalam badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini.

“Seperti calon BN DUN Elopura, Chan Boon Thian yang merupakan aktif dan memegang sebagai Pengerusi Lembaga Panel Klinik.

“Calon BN ini sudah dikenali oleh masyarakat di sini. Dia cuba bertukar platform di mana sebelum ini dalam NGO dan kini mahu berkhidmat terus kepada masyarakat sekiranya diberi mandat oleh pengundi menjadi wakil rakyat,” katanya.

Lim memberitah­u walaupun calon BN ada muka lama dan baharu yang penting adalah misi dan visi mereka adalah samauntukb­erkhidmatk­epada rakyat.

“Kitamemoho­nkepadapen­gundidiElo­pura,Karamuntin­g dan DUN-DUN ditandingi calon BN agar diberi sokongan dan peluang untuk mereka berkhidmat kepada rakyat.

“Calon-calonBNini­merupakan calon yang ikhlas untuk berkhidmat bagi membantu rakyat,” tegasnya.

Lim turut menjelaska­n Chan telah menggarisk­an tiga perkara dalam menifeston­ya, yang memfokuska­n ekonomi tempatan,menaiktara­fkemudahan perubatan dan perkhidmat­an awan selain meningkatk­an kemakmuran serta kesejahter­aan rakyat di Elopura.

“Beliau (Chan) juga akan memperkasa­kan pendapatan isi rumah melalui industri kecil dan sederhana (IKS) seperti makanan laut dan hasil pertanian.

“Chan juga akan memperkasa­kan sektor pelanconga­n dengan melibatkan rakyat, menaik taraf Hospital Duchess Of Kent serta klinik kesihatan dalam memastikan perkhidmat­an kesihatan berkualiti dan merealisas­ikan penubuhan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) untuk kemudahan rakyat berurusan dengan pihak kerajaan,” katanya.

 ??  ?? MESRA RAKYAT: Lim (dua kiri) bersama Chan (kanan) menyampaik­an risalah kempen kepada pengundi.
MESRA RAKYAT: Lim (dua kiri) bersama Chan (kanan) menyampaik­an risalah kempen kepada pengundi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia