Utusan Borneo (Sarawak)

Chew: Kami ada rancangan jelas untuk kawasan masing-masing

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Tindakan calon WARISAN Plus bagi Elopura Calvin Chong Ket Kiun yang mengkritik pelancaran manifesto oleh calon Barisan Nasional (BN), Chan Boon Thian (Elopura) dan Dato’ Chew Kok Woh (Karamuntin­g) disifatkan sebagai kehabisan modal.

Selain itu, tindakan Chong itu dilihat seperti sengaja mahu mencari sesuatu isu untuk dijadikan bahan berkempen.

“Saya terkejut kerana Chong boleh bertindak sedemikian untuk menyerang lawan. Meskipun kami mempunyai manifesto berlainan, tetapi ia tidak bermakna kami tidak sehaluan.

“Dalam MCA, kita mesti mempunyai rancangan dan matlamat yang jelas untuk kawasan yang kita tandingi. Dalam situasi ini, saya dan Chan bertanding di kawasan berbeza, oleh itu kami mempunyai rancangan dan matlamat yang berbeza.

“Sebenarnya, tiada isu pun tetapi Chong sengaja menimbulka­n isu daripada itu.

Kami mempertimb­angkan keperluan sebenar, kemahuan dan kesesuaian agenda untuk kawasan masingmasi­ng semasa meyediakan manifesto,” katanya.

Chew berkata demikian kepada media sebagai mengulas kenyataan Chong berhubung manifesto pilihan raya beliau dan Chan ketika melakukan ‘walkabout’diKampungB­okara sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.

Katanya, Karamuntin­g mempunyai pelabuhan dan pantai, tetapi kekurangan dari segi fasiliti perubatan yang mencukupi.

Jelasnya, ia berbeza dengan di Elopura yang mempunyai bandar-bandar satelit serta hospital.

“Menyedari perbezaan di dua kawasan ini, adalah logik sekiranya kami berdua mempunyai visi yang berbeza untuk rakyat di kawasan masing-masing,” jelasnya.

Chew berkata, sekiranya beliau dan Chan diberi mandat oleh pengundi, mereka akan terus bekerja bersama untuk memenuhi janji pilihan raya kepada rakyat Karamuntin­g dan Elopura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia