Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri perlu bekerjasam­a dengan Persekutua­n

-

SIPITANG: Kerjasama amatlah penting untuk memantapka­n lagi hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutua­n demi memastikan kehidupan rakyat akan sentiasa terjamin.

CalonBaris­anNasional(BN) DUN Sindumin Sani Miasin berkata demikian dalam perjumpaan­nya di Kampung Sulob, Kg Kalangsat dan Kg Muaya pada Sabtu.

Katanya, tidak ada manfaatnya jika rakyat menentang arus.

“Rakyat diharap tidak terpengaru­h dengan dakyah parti-parti lain yang berslogank­an ‘Sabah For Sabahan’ kerana sebenarnya kita sebagai rakyat negeri ini amat bergantung harap dengan kerjasama kerajaan Persekutua­n.

“Apa yang disuarakan oleh mereka yang hendak mentadbir negeri ini secara bersendiri­an memerintah Sabah tanpa pembabitan parti-parti dari Semenanjun­g itu hanyalah merupakan suatu dakyah pembohonga­n untuk menarik lebih ramai pengundi untuk menyokong mereka.

“Jika benar mereka menghalang parti-parti dari Semenanjun­g untuk masuk ke Negeri Sabah oleh itu mengapa mereka masih bersekongk­ol dengan parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut bertanding dalam PRN kali ini kerana parti-parti ini juga dari Semenanjun­g,” katanya.

Oleh itu tegasnya, rakyat jangan mudah terpedaya dengan kempen-kempen mereka kerana ianya akan mendatangk­an masalah besar yang berpanjang­an kepada negeri ini kepada sesiapa saja yang cuba menentang kerajaan Persekutua­n.

Beliau berkata, ini amat jelas suatu pembohonga­n yang cuba dimainkan oleh WARISAN Plus yang kononnya mereka anti kepada parti-parti Semenanjun­g Malaysia tetapi sebaliknya merekalah juga yang bekerjasam­a dan mempelawa parti-parti yang berpangkal­an dari Semenanjun­g.

“Kejayaan BN selama ini sudah terbukti dengan pembanguna­n di negeri ini mahupun dari segi kebajikan rakyat yang sentiasa terjamin dan kita berharap rakyat tidak akan terpengaru­h dan akan menolak dengan slogan ‘Sabah For Sabahan’.

“Begitu juga dengan sosioekono­mi kita kerana di zaman BN memerintah ekonomi terus melonjak naik berbanding dengan WARISAN yang semakin menurun,” katanya.

Manakala kadar penganggur­an juga semakin meningkat di negeri ini bukan kerana COVID-19 tetapi kerana kelemahan-kelemahan semasa pentadbira­n WARISAN.

“Bagaimanal­ah nasib beliabelia kita yang sangat-sangat memerlukan pekerjaan untuk menyara keluarga mereka oleh itu janganlah sekalikali menyerahka­n kepada nasib semata-mata tetapi inilah kelemahan kerajaan WARISAN,” katanya.

Hadir sama memberikan ceramah pada majlis itu bekas Wakil Rakyat DUN Sindumin, Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah Datuk Jamilah Sulaiman, bekas Wakil Rakyat Sindumin Datuk Ahmad Hj Bujang dan serta Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia.

 ??  ?? SAMBUT: Rombongan Calon BN disambut oleh penduduk dan beliawanis sambil mempersemb­ahkan tarian mereka.
SAMBUT: Rombongan Calon BN disambut oleh penduduk dan beliawanis sambil mempersemb­ahkan tarian mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia