Utusan Borneo (Sarawak)

Benak di Simanggang Tercatat dalam Cerpen Maugham

- Oleh William Chan

WILLIAM Somerset Maugham (1874 – 1965) merupakan satu nama besar dalam alam kesusaster­aan Inggeris. Beliau seorang penulis drama, novelis dan cerpenis tersohor pada ketika eranya, dan dikatakan pengarang yang mendapat bayaran tertinggi sekitar tahun 1930-an.

Berketurun­an dari Ireland, beliau dilahirkan di Paris, Perancis pada 25 Januari 1874. Anak keempat dalam kalangan enam orang adik beradik yang kesemuanya lelaki ini dilahirkan pada ketika bapanya, Robert Ormond Maugham, berkhidmat sebagai seorang peguam yang menangani urusan Kedutaan British di Paris. Datuknya, bernama Robert Maugham, juga merupakan seorang peguam ternama dan merupakan pengasas bersama The Law Society of England and Wales.

Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia pada ketika Somerset berusia 10 tahun, dan beliau dibesarkan oleh seorang pak cik sebelah bapanya. Somerset Maugham enggan menjejaki langkah bapa dan datuknya dalam bidang perundanga­n, sebaliknya berjaya memperoleh ijazah dalam bidang perubatan.

Semasa Perang Dunia Kedua, beliau berkhidmat dengan Red Cross sebelum direkrut dalam perkhidmat­an risikan The British Secret Intelligen­ce Service. Beliau berkhidmat di Switzerlan­d dan Rusia sebelum Revolusi Oktober 1917 dalam Empayar Rusia. Pada ketika inilah beliau banyak berpergian ke India dan Asia Tenggara. Malahan, perjalanan beliau itu diteruskan sehingga selepas perang tamat dan turut meliputi negara China dan kawasan Pasifik. Banyak pengalaman yang diperoleh melalui pengembara­an itu diadunkan ke dalam kebanyakan cerpen dan novel yang beliau hasilkan.

Dalam perjalanan­nya, Maugham memerhati

menghimpun pelbagai cerita dan mencernaka­nnya menjadi karya kreatif beliau. Pada tahun 1897, pakar perubatan ini berjaya melahirkan novel pertamanya berjudul

yang jualannya begitu pantas laku sehingga beliau terdorong untuk meninggalk­an bidang pengkhusus­annya itu untuk menjadi penulis sepenuh masa.

Dalam catatan

bertarikh 21 April 1921 merupakan tarikh William Somerset Maugham melawat Kuching. Sekitar 1920-an inilah beliau pernah menjejak kaki di kepulauan Borneo sebagai sebahagian daripada penjelajah­an ke Asia Tenggara.

Menurut catatan Patricia Hului dalam Kajo Mag bertarikh 12 Disember 2018, Maugham menjelajah Tanah Semenanjun­g Melayu, Singapura dan Borneo pada tahun 1921, dan kembali sekali lagi ke Borneo pada tahun 1925 untuk jangka waktu empat bulan.

Dalam kumpulan antologi cerpen

yang diterbitka­n pada tahun 1926, cerpen “The Yellow Streak” memaparkan peristiwa bot karam berlaku di sungai berdekatan pekan Simanggang apabila benak menghumban watak Campion, seorang jurutera galian yang telah ditugaskan oleh Sultan Sembulu untuk mengkaji potensi kewujudan bahan galian di Borneo. Dalam cerita itu, watak tempatan bernama Izzart dilukiskan sebagai seorang pembantu Campion yang bertindak sebagai pengawal keselamata­nnya.

Ketika mereka mudik ke hulu, benak menderas dengan tiba-tiba selaju 45 km sejam, berketingg­ian hampir 10 kaki (atau 3.04 meter) berdekatan kawasan Berangan. Peristiwa itu dikatakan sebagai catatan benar-benar berlaku ke atas Maugham yang hampir maut tetapi berjaya diselamatk­an. Maugham memplotkan watak itu dalam bentuk penceritaa­n orang ketiga. Begini lukisan peristiwa dalam cerpen itu:

Antologi cerpen “The Casuarina Tree” itu mula diterbit oleh Heinemann di United Kingdom pada 2 September 1926. Edisi Amerika yang diterbitka­n oleh George H. Doran menyusuli pada 17 September 1926. Ia diterbitka­n semula oleh Collins di London di bawah tajuk

Buku itu diterbit dalam terjemahan bahasa Perancis

(1928) dan dalam bahasa Sepanyol

(1945).

Seperkara yang menarik mengenai pemilihan tajuk seperti yang dicatatkan oleh Maugham dalam prakata antologi itu ialah ia merupakan satu metafora bagi orang Inggeris yang ada di Tanah Semenanjun­g dan Borneo yang datang ekoran diterima oleh penduduk tempatan bagi tujuan untuk membuka kawasan-kawasan mereka kepada tamadun Barat. Penduduk asal, bagi Maugham ibarat pokok bakau yang bermastaut­in di kawasan berpaya manakala para pegawai ekspatriat adalah pokok

atau ru, yang datang untuk menabur bakti. Kedua-dua pihak ialah penganjur (penduduk tempatan) dan pelindung (ekspatriat) masyarakat.

Dalam tahun 1951 kesemua 100 buah cerpen hasil karya Maugham telah dihimpunka­n dalam tiga jilid besar, dan diulang cetak berkulit lembut pada tahun 1963. Beginilah kedudukan “The Yellow Streak” yang berlatarbe­lakangkan Borneo berbanding dengan karyakarya lain Maugham yang banyak menjelajah ke seluruh dunia seperti yang berikut:

Rain (1921 – berlatarbe­lakangkan Samoa); The Fall of Edward Barnard (1921 – Chicago/Tahiti); Honolulu (1921 – Hawaii); The Luncheon (1924 – London); The Ant and the Grasshoppe­r (1924 – London); Home (1924 – Samoa dan China); The Pool (1921 – Samoa); Mackintosh (1921 – Samoa); Appearance and Reality (1934 – Paris); The Three Fat Women of Antibes (1933 – The Riviera); The Facts of Life (1939 – London); Gigolo and Gigolette (1935 – The Riviera); The Happy Couple (1908 rewritten1­943 – The Riviera); The Voice of the Turtle (1935 – The Riviera); The Lion’s Skin (1937 –The Riviera); The Unconquere­d (1943 – Soissons, France); Mr. Know-All (1925 – Atas sebuah kapal); The Happy Man (1924 – London dan Seville); The Romantic Young Lady (1947 – Seville); The Point of Honour (1947 – Seville); The Poet (1925 – Ecija, Sepanyol); The Mother (1909 – Seville); A Man from Glasgow (1947 – Algeciras); Before the Party (1922 – Engmanusia,

Berketurun­an dari Ireland, beliau dilahirkan di Paris, Perancis pada 25 Januari 1874. Anak keempat dalam kalangan enam orang adik beradik yang kesemuanya lelaki ini dilahirkan pada ketika bapanya, Robert Ormond Maugham, berkhidmat sebagai seorang peguam yang menangani urusan Kedutaan British di Paris. Datuknya, bernama Robert Maugham, juga merupakan seorang peguam ternama dan merupakan pengasas bersama The Law Society of England and Wales.

Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia pada ketika Somerset berusia 10 tahun, dan beliau dibesarkan oleh seorang pak cik sebelah bapanya. Somerset Maugham enggan menjejaki langkah bapa dan datuknya dalam bidang perundanga­n, sebaliknya berjaya memperoleh ijazah dalam bidang

” perubatan.

land dan Borneo); Louise (1925 – England); The Promise (1925 – Claridge’s restaurant, London); dan The Yellow Streak (1925 – Borneo).

Pada 20 Januari 2020, Datuk Patinggi (Dr) Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak telah mendedahka­n dalam satu sidang media bahawa beliau telah mengarahka­n Jabatan Muzium Sarawak agar menjejaki semula jejak-jejak novelis tersohor dunia itu, iaitu rakyat England, William Somerset Maugham, yang pernah mengembara di Simanggang

pada sekitar tahun 1920-an.

Begitulah, latar pengalaman pengembara­an merupakan salah satu pendekatan yang digunakan oleh penulis kreatif dalam proses penciptaan sesebuah karya kreatif. Hal ini ada diperincik­an dalam sebuah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur berjudul

susunan Mawar Safei dan Nisah Haji Haron (2017) yang amat berguna kepada penulis baharu yang bercitacit­a mahu melakar nama dalam dunia penulisan.

 ??  ?? gagau I
1 Contoh ayat:
2 pegagau begagau megagau
gagau II
megagau 1 Contoh ayat: 2 Contoh ayat:
3 Contoh ayat:
negagau genagau terahgagau tahgagau
gagau III
pegagau 1 Contoh ayat: 2 Contoh ayat: 3
Contoh ayat: megagau negagau, genagau Contoh ayat:
gagau I 1 Contoh ayat: 2 pegagau begagau megagau gagau II megagau 1 Contoh ayat: 2 Contoh ayat: 3 Contoh ayat: negagau genagau terahgagau tahgagau gagau III pegagau 1 Contoh ayat: 2 Contoh ayat: 3 Contoh ayat: megagau negagau, genagau Contoh ayat:
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? William Somerset Maugham
William Somerset Maugham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia