Utusan Borneo (Sarawak)

MAFI tawar pembiayaan RM5 juta kepada 82 usahawan seluruh negara

Pembiayaan ini ditawar menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang: Che Abdullah

-

Pembiayaan di bawah TPUP antara lain bertujuan meningkatk­an bilangan usahawan peladang yang menghasilk­an produk memenuhi tahap piawaian tempatan dan boleh memasuki pasaran antarabang­sa.

TANAH MERAH: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menawarkan pembiayaan sebanyak RM5 juta kepada 82 usahawan di seluruh negara tahun ini menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan ll (MAFI) Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Che Abdullah berkata antara saluran kerajaan bagi membantu usahawan ialah Program Tabung Pembanguna­n Usahaniaga Peladang (TPUP) bagi meningkat dan memantapka­n usahawan peladang yang mempunyai jaringan perniagaan dengan LPP.

“Pembiayaan di bawah TPUP antara lain bertujuan meningkatk­an bilangan usahawan peladang yang menghasilk­an produk memenuhi tahap piawaian tempatan dan boleh memasuki pasaran antarabang­sa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Jualan Produk

Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II

Hiliran Ladang, Kampung Tirok, Gual Ipoh di sini, semalam.

Katanya, kementeria­n melalui LPP sentiasa memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada usahawan-usahawan peladang untuk lebih berjaya dalam projek yang diusahakan.

“MAFI melalui Lembaga Pertubuhan Peladang, AgroBank dan pelbagai jabatan serta agensi lain di kementeria­n ini komited dalam memberi bantuan dan kemudahan pinjaman supaya lebih ramai pengusaha terutamany­a anak-anak muda menceburi bidang pertanian dan industri makanan.

Tahun ini, MAFI juga telah menerima sebanyak RM50 juta untuk Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dan RM400 juta untuk PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara),” katanya.

Pada majlis yang sama Che Abdullah berkata usahawan khususnya dalam bidang pertanian dan perladanga­n perlu lebih berdikari dengan tidak semata-mata mengharapk­an bantuan daripada kerajaaan, katanya.

“Usahawan mesti mempunyai kemahuan untuk berdikari kerana ia platfrom untuk mereka berjaya... kerajaan faham bidang pertanian merupakan bidang yang susah, bahaya oleh itu kita sentiasa menyediaka­n pakej-pakej bantuan kepada usahawan.

Bantuan kerajaan hanya cara untuk mempercepa­tkan dan membuka jalan untuk membantu usahawan memperoleh­i kerjayaan selebihnya mereka (usahawan) itu sendiri perlu berdikari dan lebih kreatif,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Che Abdullah (kanan) melawat pusat jualan produk serunding puyuh selepas Majlis Perasmian Pusat Jualan Produk Hiliran di Ladang Ternakan A K Puyuh Emas di Kampung Tirok Gual Ipoh, tanah Merah semalam. Turut sama Pengarah Urusan A K Puyuh Emas Enterprise Abdul Khairan Firdaus.
— Gambar Bernama LAWATAN: Che Abdullah (kanan) melawat pusat jualan produk serunding puyuh selepas Majlis Perasmian Pusat Jualan Produk Hiliran di Ladang Ternakan A K Puyuh Emas di Kampung Tirok Gual Ipoh, tanah Merah semalam. Turut sama Pengarah Urusan A K Puyuh Emas Enterprise Abdul Khairan Firdaus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia