Utusan Borneo (Sarawak)

Penyeragam­an peraturan, cukai hotel dan Airbnb hujung tahun ini

-

ALOR GAJAH: Penyeragam­an beberapa isu antaranya peraturan, perlesenan dan cukai melibatkan sektor perhotelan dan penyedia perkhidmat­an penginapan dalam talian global, Airbnb akan dimuktamad­kan selewat-lewatnya, hujung tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata penyeragam­an itu perlu mengambil kira pelbagai aspek dan menentukan kaedah terbaik yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, kerana sektor Airbnb turut berpotensi menyumbang kepada ekonomi negara.

“Perkara ini masih dalam perbincang­an bagaimana kita hendak mengklasif­ikasikan Airbnb dan ia mengambil kira persetujua­n untuk membenarka­n rumah persendiri­an terlibat dengan sektor itu selain perbincang­an dengan badan pengurusan di sesuatu taman perumahan.

“Ia melibatkan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya, kerajaan negeri serta Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) bagi mencari satu kaedah bagaimana kita menyeragam­kan isu tersebut secara keseluruha­n,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Komuniti Hab Taman Murai Jaya, Durian Tunggal di sini, semalam.

Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata kerajaan akan memuktamad­kan penyeragam­an beberapa isu antaranya peraturan dan cukai melibatkan hotel dan Airbnb dalam usaha membantu sektor itu yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19.

Dalam perkembang­an lain, Zuraida turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM300,000 kepada Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi melaksanak­an projek penyelengg­araan banjir di kawasan pentadbira­n pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

“Peruntukan ini termasuk menyelengg­ara sistem perparitan di sekitar kawasan MPHTJ ekoran sering berlaku banjir di kawasan tersebut dan kita berharap peruntukan tersebut secara tidak langsung dapat membantu PBT ini memperting­kat sistem pentadbira­n dan perkhidmat­an kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Projek Komuniti Hab akan diperluask­an di seluruh negara dan sekurang-kurangnya satu projek diwujudkan di setiap PBT bagi memastikan agenda memperkasa golongan miskin bandar, asnaf dan golongan berpendapa­tan rendah dapat dilaksanak­an secara menyeluruh.

Terdahulu, Projek Komuniti Hab Taman Murai Jaya itu dirasmikan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan.

Projek Komuniti Hab Taman Murai Jaya yang dibangunka­n dengan kos kira-kira RM50,000 itu terdiri daripada perpustaka­an mini dan ruang pembelajar­an, ‘kebun kita’ dan inisiatif projek rendah karbon menerusi pemberian basikal untuk kegunaan penduduk menjalanka­n aktviti riadah.

Komuniti Hab Taman Murai Jaya merupakan projek ketiga selepas Projek Perumahan Rakyat Beringin di Kepong pada 2018 dan Taman Dagang di Ampang Jaya pada tahun lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANDATANGA­N: Zuraida menandatan­gani plak perasmian Projek Komuniti Hab Taman Murai Jaya, Durian Tunggal, Melaka semalam.
— Gambar Bernama TANDATANGA­N: Zuraida menandatan­gani plak perasmian Projek Komuniti Hab Taman Murai Jaya, Durian Tunggal, Melaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia