Utusan Borneo (Sarawak)

Program RESTART: PERKESO, hospital bekerjasam­a bantu bekas pesakit mental cari kerja

-

SEREMBAN: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) akan menjalin kerjasama dengan Jabatan Psikiatri semua hospital kerajaan menerusi program kembali bekerja RESTART (Re-employment support, treatment and rehabilita­tion team) pada penghujung tahun ini, bagi membantu bekas pesakit mental mendapatka­n pekerjaan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata setakat ini sebanyak 48 peratus daripada 83 peserta program berkenaan telah dibantu dalam penempatan pekerjaan yang melibatkan bekas pesakit dari enam hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tiga lagi hospital ialah Hospital Selayang, Hospital Melaka dan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah di Klang.

“Kementeria­n dalam usaha memastikan akses kepada peluang pekerjaan dan melihat kepada kelembapan ekonomi, kita perlu membantu semua lapisan masyarakat, tidak terkecuali golongan bekas pesakit mental.

“Melalui program yang bermula sejak 2017 itu, pesakit diberikan pelbagai sokongan termasuk menerusi portal MYFutureJo­bs. Ia sebagai langkah awal membantu golongan itu sekali gus dapat menyumbang kepada produktivi­ti negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Penjana Kerjaya Kementeria­n Sumber Manusia peringkat Negeri Sembilan di sini, semalam.

Mengulas mengenai karnival itu yang bermula sejak 15 Jun lepas, beliau berkata seramai 12,435 majikan telah membuat pendaftara­n bagi insentif pengambila­n pekerja dan daripada jumlah itu seramai 37,340 pekerja telah digaji.

“Hari ini, lebih 6,000 kekosongan jawatan menanti dan saya dimaklumka­n seramai 2,327 pencari kerja telah mendaftar, maka dengan adanya tawaran ini saya rasa jika tidak memilih semua orang akan dapat kerja,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai cadangan Persekutua­n Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dua hari lepas, supaya Program Subsidi Upah (PSU) yang dijadualka­n berakhir bulan ini, dilanjutka­n sehingga akhir tahun, beliau berkata perkara itu sedang dikaji dan perlu mengambil kira impak kewangan negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTANYA: M Saravanan (dua kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz (tiga kanan) bertanya sesuatu kepada peserta temuduga ketika mengadakan lawatan sempena Karnival Penaja Kerjaya Perkeso di Palm Mall, Seremban semalam.
— Gambar Bernama BERTANYA: M Saravanan (dua kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz (tiga kanan) bertanya sesuatu kepada peserta temuduga ketika mengadakan lawatan sempena Karnival Penaja Kerjaya Perkeso di Palm Mall, Seremban semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia