Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat perubatan swasta KMC mula beroperasi semula

-

ALOR SETAR: Kedah Medical Centre (KMC) kembali beroperasi semalam selepas menangguhk­an semua perkhidmat­an kecuali rawatan hemodialis­is sejak 10 September lalu susulan kes jangkitan COVID-19 dikesan di salah satu bahagian perkhidmat­an pusat perubatan swasta itu.

Pengarah Perubatann­ya, Datuk Dr Kamaruzzam­an Ali berkata semua perkhidmat­an termasuk unit kemalangan dan kecemasan, klinik pesakit luar, bilik pembedahan dan kemasukan pesakit ke wad kini beroperasi seperti biasa.

Beliau berkata semua operasi dibuka semula selepas pusat perubatan itu melaksanak­an proses pembersiha­n dan sanitasi secara menyeluruh.

“Pembukaan semula hospital ini telah mendapat kelulusan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah berdasarka­n proses pembersiha­n diselesaik­an selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata sebanyak 636 petugas, perunding perubatan dan pekerja khidmat luaran telah disaring dan disahkan bebas daripada jangkitan dan kini kembali bertugas.

Dr Kamaruzzam­an berkata ujian sampel persekitar­an diambil dari 50 kawasan hospital menunjukka­n hasil negatif dan tidak ada kesan jangkitan.

“Pengesanan awal kes COVID-19 hanya melibatkan bilik pembedahan dan tidak ada penularan jangkitan ke bahagian lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatk­an pesakit untuk membuat janji temu untuk rawatan atau rundingan dengan klinik pakar di hospital berkenaan.

Selain itu, katanya, pesakit juga boleh mendapatka­n bekalan ubat melalui perkhidmat­an penghantar­an rumah dengan menghubung­i talian 011-13348280 dari jam 9 pagi hingga 5 petang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia