Utusan Borneo (Sarawak)

522 individu ingkar PKPP, majoriti terlibat aktiviti kelab malam

-

KUALA LUMPUR: Seramai 522 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan 342 dikompaun, manakala 180 direman, kelmarin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara kesalahan dikesan ialah terlibat dengan aktiviti dalam pub atau kelab malam seramai 363 individu, diikuti 81 orang tidak mengamalka­n penjarakan fizikal dan 36 individu tidak memakai pelitup muka.

“Selain itu, 17 individu didapati keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

“12 individu pula gagal menyediaka­n peralatan atau rekod butiran diri, lima didapati menjalanka­n operasi premis tanpa kebenaran, tujuh tangkapan warga asing tanpa dokumen perjalanan diri dan seorang didapati keluar dari kawasan PKPD tanpa alasan kukuh,” katanya dalam kenyataan semalam.

MengenaiOp­erasiBente­ng, Ismail Sabri memaklumka­n seramai 180 pendatang asing, lima penyeludup dan seorang tekong ditangkap kelmarin, manakala lima kenderaan darat turut dirampas dalam operasi itu.

“Sebanyak 89 sekatan jalan raya dilaksanak­an dalam operasi berkenaan, melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan Angkatan

Tentera Malaysia (ATM).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatka­n kawalan kawasan sempadan terutamany­a di lorongloro­ng tikus,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata seramai 31,227 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabang­sa sejak 24 Julai hingga kelmarin, dan kesemua mereka ditempatka­n di 68 hotel serta lapan premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta institusi pengajian tinggi swasta.

Jelasnya, daripada jumlah itu, 8,673 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 71 individu dihantar ke hospital untuk rawatan dan sehingga kini seramai 22,483 individu telah dibenarkan pulang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia