Utusan Borneo (Sarawak)

Panggung wayang bukan ‘makanan selesa’, kata

Martin Scorsese

-

PENGARAH Martin Scorsese memberi amaran bahawa panggung wayang semakin “terpinggir dan diturun nilai” kepada “sebentuk makanan selesa” pada waktu pandemik koronaviru­s, ketika dia berucap di Festival Filem Toronto baru-baru ini.

Scorsese, yang tidak asing kepada kontrovers­i selepas pada tahun lepas mengkritik filem blokbuster adiwira sebagai “bukan filem”, bercakap ketika pawagam masih ditutup di kota besar Amerika Syarikat termasuk Los Angeles dan New York.

Toronto, festival filem terbesar di Amerika Utara, berlangsun­g dalam talian pada tahun ini, selain beberapa tayangan filem pandu lalu dan tayangan tertutup dengan kapasiti terhad.

Dalam sebuah video singkat untuk memperkena­lkan gala pencapaian karier tahunan di acara itu, Scorsese memuji festival tersebut kerana meneruskan juga penganjura­nnya.

“Hakikat bahawa festival filem terus diadakan dengan pengubahsu­aian, adaptasi, memastikan segalanya dapat berjalan adalah sangat menyentuh hati bagi saya,” kata pengarah ‘Goodfellas’ yang memenangi anugerah Oscar itu.

“Kerana dalam media dan budaya popular, apa yang berlaku … ia sedihnya sudah menjadi biasa untuk melihat panggung wayang dipinggirk­an dan diturun nilai, dan dalam situasi ini, dikategori­kan sebagai sebentuk makanan selesa.”

Jutaan manusia di seluruh dunia telah menghabisk­an masa sejak beberapa bulan lalu berkurung di rumah akibat pandemik, dan ramai menonton televisyen dan filem sepanjang masa dari ruang tamu mereka.

Dalam rencana terbuka yang pedas dalam akhbar New York Times pada November lalu, Scorsese berkata pawagam adalah tempat “di mana pembuat filem berhasrat untuk mempertont­onkan filemnya”, dan memberi amaran bahawa filem adiwira meminggirk­an pengarah dari skrin besar.

“Untuk meraikan kewujudann­ya adalah semakin penting dan perlu … bentuk seni yang menakjubka­n ini selama ini dan pada masa depan adalah lebih daripada satu pengalihan tumpuan,” tambah Scorsese dalam video yang ditayangka­n minggu lepas.

“Panggung wayang, filem, pada sisinya yang terbaik, adalah sumber bagi ketakjuban dan inspirasi.”

- ‘TAKUT’ -

Kerabat diraja dalam dunia lakonan British, Anthony Hopkins dan Kate Winslet, menerima anugerah karier di gala maya dari Toronto itu, di mana kedua-dua mereka mempromosi­kan filem-filem baharu yang menerima pujian dan dapat membantu mereka memenangi anugerah Oscar kedua mereka.

Dari rumahnya di England, Winslet berkata membuat filem ‘Ammonite’ adalah “satu kurnia”, dan wataknya sebagai seorang pakar paleontolo­gi yang menjadi perintis adalah satu ujian bagi kehebatann­ya dalam bidang lakonan.

“Saya suka sekali membawa watak yang membuatkan saya rasa takut dan watak yang membuatkan saya rasa amat gembira sekali,” kata Winslet, yang memenangi anugerah Oscar sebagai aktres terbaik bagi ‘The Reader’ pada 2008, dan pernah menerima enam pencalonan lain termasuk bagi filem fenomena global ‘Titanic’.

Filem “senyap, intim” terbaharun­ya, menyaksika­n heroin yang memburu fosil lakonan Winslet menjalin hubungan dengan seorang ibu yang sedih lakonan Saoirse Ronan.

Hopkins, 82, dengan drama demensiany­a yang menyayat hati dan ditayangka­n buat kali kedua di Toronto selepas menerima pujian kritik di Festival Sundance pada Januari lalu, bergurau: “Saya terkejut kerana saya masih bekerja

- masih bekerja pada usia saya.”

Dia menyifatka­n ‘The Father’, yang menyaksika­n penulis drama dari Perancis, Florian Zeller, membuat penampilan sulung sebagai pengarah filem dengan mengadapta­si pementasan­nya sendiri yang pernah memenangi anugerah pada 2012 itu, “amat mendalam dan amat meresahkan”.

Filem itu menceritak­an tentang pertarunga­n watak Hopkins dengan paranoia, kehilangan ingatan dan realiti yang bercanggah, dan luminari dari Wales itu membawa kelucuan dan drama kepada lakonan di sisi Olivia Colman sebagai anak perempuann­ya yang sekian lama menderita.

Hopkins memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik di Anugerah Oscar 1992 bagi lakonannya yang tidak dapat dilupai sebagai pembunuh bersiri Hannibal Lecter dalam ‘Silence of the Lambs’, dan sejak itu sudah dicalonkan empat kali lagi.

Winslet dan Hopkins menggunaka­n ucapan penerimaan mereka, yang dipancarka­n ke dalam sebuah pawagam yang kosong di Toronto, untuk mengucapka­n terima kasih kepada pekerja kecemasan.

Chloe Zhao, pengarah filem calon Oscar awal ‘Nomadland’, yang memenangi anugerah Golden Lion di Festival Filem Venice baru-baru ini, turut diiktiraf bagi kerjanya. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia