Utusan Borneo (Sarawak)

558 pelajar menyertai Program Pra Pelepasan Pelajar Tajaan MARA

-

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menaja 715 pelajar bagi menyambung pengajian ke luar negara pada tahun ini, kata Pengerusi Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut 558 pelajar menyertai Program Pra Pelepasan Pelajar Tajaan MARA.

Jelasnyape­lajarterse­butmengiku­ti pelbagai jurusan dan kepakaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan Profesiona­l diberi taklimat dan penerangan mengenai tatacara pengajian, hal ehwal pengurusan dan keselamata­n di negara destinasi pengajian masing-masing.

“Daripada jumlah itu (558 pelajar), 315 pelajar di bawah Youth Talent Programme (YTP), World Top Universiti­es (56 pelajar); Graduate Excellence Programme (130 pelajar) Profession­al Programme (36 pelajar) dan IPMA Excellence Students Programme (IESP) (21 pelajar).

“Pada tahun ini, kerajaan telah memperuntu­kkan sebanyak RM2 bilion bagi tujuan penganjura­n pelajaran MARA. Daripada jumlah ini sebanyak RM706 juta khusus untuk penajaan ke luar negara dan baki peruntukan adalah untuk penajaan dalam negara. MARA menyasarka­n 50,000 pelajar bakal mendapat manfaat daripada program penajaan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Azizah berkata Program Pra Pelepasan pada kali ini diadakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti Wisma Putra, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bahagian Penganjura­n Pelajaran (BPP) dan Bahagian Kewangan Mara (BKW).

Pada majlis Program Pra Pe

Pada tahun ini, kerajaan telah memperuntu­kkan sebanyak RM2 bilion bagi tujuan penganjura­n pelajaran MARA. Daripada jumlah ini sebanyak RM706 juta khusus untuk penajaan ke luar negara dan baki peruntukan

” adalah untuk penajaan dalam negara.

Datuk Azizah Mohd Dun

Pengerusi MARA lepasan Pelajar Tajaan MARA itu, pelajar diberikan maklumat membabitka­n isu-isu keselamata­n dan kebajikan pelajar sepanjang berada di luar negara.

Penempatan pelajar baharu tajaan MARA tersebut mengikut negara adalah United Kingdom 404 pelajar, Ireland (53 pelajar), Rusia (29 pelajar), Korea Selatan (22 pelajar), Australia (19 pelajar), Kanada (enam pelajar), Sepanyol (tujuh pelajar), Belanda (tujuh pelajar), Amerika Syarikat (lima pelajar), Jerman (tiga pelajar), New Zealand, Jepun dan Denmark masing-masing seorang pelajar.

Azizah turut menasihatk­an kepada semua pelajar menunjukka­n sikap dan jati diri sebagai rakyat Malaysia serta menjaga nama baik keluarga, agama, negara dan seterusnya MARA.

Dalam pada itu Azizah berkata semua pelajar tajaan tersebut perlu mendapat tempat di institusi pada kedudukan sekurang-kurangnya 30 terbaik dunia berdasarka­n kepada QS World University Rankings.

Jelasnya pada tahun ini, pelajar tajaan MARA turut berjaya menempatka­n diri di institusi tersohor dunia seperti University of Cambridge iaitu sembilan pelajar, University of Oxford (enam pelajar), Imperial

College London (36 pelajar), King’s College London (32 pelajar) dan London School Of Economics and Politic Study (15 pelajar).

Sementara itu, Pendidikan berkenaan Rukun Negara perlu diterapkan dalam kurikulum sekolah seawal peringkat tadika lagi dan hendaklah disemak semula setiap lima tahun dalam usaha mengukuhka­n perpaduan rakyat.

Felow Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata situasi yang berlaku kini, Rukun Negara tidak lebih sekadar hafalan untuk murid dan pelajar sekolah selain diikrarkan hanya pada majlis tertentu sahaja.

“Sepatutnya perlu ada pendidikan terhadap kelima-lima prinsip itu untuk difahami anak bangsa, kena ada kurikulum, misalnya prinsip pertama kalau nak terapkan di tadika, perkara apa yang perlu ‘diangkat’ dan ditonjolka­n kepada anak sekecil mereka.

Apabila ada kurikulum, ia harus diajar selain ada latihan dan saya pasti Rukun Negara akan terkesan pada pemikiran serta tingkah laku rakyat. Sayang ia (Rukun Negara) sudah berusia 50 tahun, tetapi hanya pada nama sahaja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia