Utusan Borneo (Sarawak)

Laluan kepada karier teknologi tinggi dalam pengukuran

-

BERBILION ringgit dibelanjak­an untuk projek-projek pembinaan dan infrastruk­tur di Malaysia sahaja.

Fikirkan tentang bangunan, jalan raya, jambatan, kilang, lapangan terbang, kapal, terowong, hospital dan apa sahaja yang merupakan pembinaan buatan manusia.

Pertumbuha­n ekonomi yang pesat bermakna permintaan adalah tinggi bagi golongan profesiona­l dalam bidang pembinaan dan pengukuran di seluruh dunia, paling ketara sekali di Timur Tengah, China, Singapura dan Australia.

Semua projek pembinaan melalui kitaran hidup yang melibatkan perancanga­n, reka bentuk, pembinaan dan penyelengg­araan.

Juruukur Bahan (QS) memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan projek. Fikirkan tentang seorang QS sebagai sebahagian jurutera dan sebahagian pengurus projek. Seorang QS mempunyai kepakaran dalam empat perkara yang berbeza.

• Pakar pembinaan – mahir dalam teknologi dan kejurutera­an pembinaan

• Pakar kos – mahir dalam kejurutera­an kos

• Pakar kontrak – mahir dalam pengurusan kontrak

• Pakar projek – mahir dalam pengurusan projek

Di Malaysia dan kebanyakan negara lain, pengukuran bahan merupakan profesion. Maka itu selepas anda lulus pengajian, anda perlu memenuhi syarat-syarat untuk menjadi QS berdaftar di Malaysia.

Ini membolehka­n anda untuk menggunaka­n gelaran ‘Sr’ atau ‘Surveyor’ (Juruukur) yang berprestij di depan nama anda.

Seperti banyak industri lain, industri pembinaan telah menjadi semakin digital dan berteknolo­gi tinggi.

Jarang sekali kita melihat pelan pembinaan di atas kertas sekarang. Sebaliknya model kini dicipta secara digital dalam komputer di mana mereka dapat menganalis­a dan meneliti dengan lebih mudah lagi.

Era baharu ini dikenali sebagai ‘Building Informatio­n Modelling’ (BIM) atau Model Maklumat Pembinaan dan alat paling canggih menggunaka­n realiti maya (VR) dan realiti dipertingk­atkan (AR) untuk menyediaka­n simulasi walaupun belum ada apa-apa yang sudah dibina secara fizikal.

Teknologi BIM membolehka­n struktur moden dibina dalam masa beberapa bulan sahaja dan tidak lagi bertahun-tahun seperti dahulu.

Dron sudah digunakan dalam projek untuk membantu mengumpul data yang digunakan untuk mencipta model digital bagi bangunan sedia ada.

Teknologi juga mengubah cara di mana bangunan moden diurus dan diselengga­ra. Dengan teknologi pintar seperti sensor pintar dan ‘Internet-of-Things’ (IOT), ia adalah jauh lebih mudah sekarang untuk memantau dan mengurus kesihatan sesebuah bangunan, termasuk menjimatka­n tenaga. Sebenarnya, kelestaria­n merupakan aspek penting dalam pengurusan dan reka bentuk bangunan moden.

Teknologi sudah tentulah tidak akan menjadikan QS peranan yang tidak penting. BIM akan memperkasa­kan QS untuk mengurangk­an masa ke atas aktiviti mahir rendah seperti membuat ukuran, dan memberi lebih masa kepada aktiviti tambah nilai seperti berurusan dengan pelanggan dan kontraktor.

Bagaimanap­un QS perlu celik digital supaya mereka bersiap sedia dengan baik untuk karier mereka pada masa depan.

Sekolah Persekitar­an Binaan (Built Environmen­t) di Universiti Reading mempunyai rekod yang lama dan terbukti sebagai peneraju dalam pendidikan dan penyelidik­an dan menduduki tempat kelima dalam ranking ‘UK Complete University Guide 2021’.

Di kampus Malaysia, pelajaran dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Pengukuran Bahan mempunyai akses kepada ruang BIM yang turut memuatkan perisian terkini dan peralatan seperti realiti maya dan pencetak 3D.

Pelajar juga mempelajar­i cara untuk menggunaka­n perisian BIM dan menerima sijil bersama dari universiti berkenaan dan CostEXacta­l yang mencerahka­n lagi peluang mereka untuk mendapatka­n pekerjaan selepas graduasi.

Kampus Malaysia juga mempunyai hubungan industri yang kuat dan menggalakk­an pelajar untuk mendapatka­n penempatan kerja pada waktu cuti penggal bagi menimba pengalaman.

Syarikat yang telah menawarkan penempatan kepada pelajar kami termasuk AECOM, Turner & Townsend, ARCADIS, Gamuda, Sunway Constructi­on, SP Setia dan EcoWorld.

Pelajar dapat memohon untuk penyertaan langsung kepada program ijazah dengan kelayakan STPM, A-levels, UEC atau kelayakan bersamaan.

SPM, IGCSE dan pemegang sijil bersamaan dapat mendaftar untuk Program Asas Antarabang­sa (IFP) yang membolehka­n kemajuan terus kepada ijazah QS.

Mereka yang mencapai keputusan akademik yang cemerlang adalah layak untuk Biasiswa ‘High-Achiever’ sebanyak 30 30% daripada yuran program.

Untuk maklumat lanjut tentang QS, sila layari www.reading.edu. my/be atau www.reading.edu. my/qs

Untuk bercakap dengan salah seorang kaunselor kami atau mengatur lawatan ke kampus, hubungi +607 268 6205, Whatsapp +607 (16) 772 5400, my.enquiry@reading.edu.my www.reading.edu.my.

Kami buka pada Isnin-Jumaat (9 pagi -5 petang) dan Sabtu (10 pagi - 4 petang, Educity 79200 Iskandar Puteri Johor, Malaysia.

 ??  ?? CANGGIH: Pelajar menggunaka­n teknologi terbaharu BIM atau Model Maklumat Pembinaan.
CANGGIH: Pelajar menggunaka­n teknologi terbaharu BIM atau Model Maklumat Pembinaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia