Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi HKL berjalan seperti biasa

Kebakaran di stor menyimpan fail hospital berkenaan malam kelmarin tidak jejas operasi

-

Sebaik sahaja diisytihar­kan selamat, pesakit dipindah semula ke wad masingmasi­ng yang selesai kira-kira jam 2 pagi. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak JBPM dan pihak HKL akan dimaklumka­n punca kejadian selepas

” siasatan selesai.

KUALA LUMPUR: Operasi Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak terjejas dan berjalan seperti biasa semalam berikutan kebakaran di stor menyimpan fail di tingkat empat hospital berkenaan malam kelmarin, kata Pengarah HKL Datuk Dr Heric Corray.

Beliau dalam satu kenyataan berkata cawangan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang telah menjalanka­n siasatan mendapati api telah dipadamkan sepenuhnya dan pesakit serta petugas selamat untuk kembali

Pengarah HKL

ke wad masing-masing pada jam 12.48 tengah malam kelmarin.

“Sebaik sahaja diisytihar­kan selamat, pesakit dipindah semula ke wad masing-masing yang selesai kira-kira jam 2 pagi. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak JBPM dan pihak HKL akan dimaklumka­n punca kejadian selepas siasatan selesai,” katanya semalam.

Dr Corray berkata dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Beliau berkata kejadian disedari apabila bilik kawalan dan pusat panggilan hospital dimaklumka­n mengenai bunyi daripada penggera kebakaran yang dikesan daripada alat pengesan asap dan pihak bomba juga turut dihubungi pada 11.07 malam.

Menurutnya, api berjaya dipadamkan oleh petugas hospital dengan menggunaka­n alat pemadam api dan hos air kira-kira 11.20 malam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian.

Namun sebelum itu katanya beberapa wad telah dikosongka­n dan pesakit dikeluarka­n untuk tujuan keselamata­n. — Bernama

Datuk Dr Heric Corray

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia