Utusan Borneo (Sarawak)

SJKT Sungai Ara terima dana kerajaan RM541,200 naik taraf kemudahan

-

GEORGE TOWN: Sekolah Tamil tertua di Pulau Pinang, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Ara, dekat sini, menerima dana kerajaan Persekutua­n berjumlah RM541,200, bagi menaik taraf kemudahan sekolah untuk menampung peningkata­n kemasukan pelajar baharu, tahun depan.

Pengerusi Lembaga Pengelola SJKT Sungai Ara, K. Nadarajan berkata pihak sekolah telah memohon dana daripada kerajaan Persekutua­n sejak lima bulan lalu dan ia telah disalurkan menerusi sumbangan Bantuan Sekolah Bantuan Kerajaan Tahun 2020, bulan lepas.

Justeru, Nadarajan menzahirka­n ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Muhammad Yassin, Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Pengelola Sekolah Tamil Pulau Pinang, pihak sekolah serta guru-guru di SJKT Sungai Ara atas kerjasama yang telah diberikan.

“Dana itu akan digunakan untuk kerja-kerja pengubahsu­aian sekolah, mengecat semula, pendawaian elektrik dan membaiki bumbung. Sebelum ini, kita ada mengalami ketirisan ketika hujan dan berlaku litar pintas,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak sekolah akan memilih kontraktor untuk menjalanka­n projek ubah suai secepat mungkin dan renovasi skala besar terakhir yang pernah dilakukan di sekolah itu ialah pada lima tahun lepas.

SJKT Sungai Ara yang kini mempunyai seramai 135 murid dan 14 guru, dijangka akan menerima peningkata­n kemasukan pelajar baharu tahun depan, melihat kepada rekod peningkata­n kemasukan murid sebanyak 15 peratus, tahun lepas.

SJKT Sungai Ara pernah menerima Anugerah Khas Program Terbaik kategori sekolah kurang 250 murid daripada Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) dan Kementeria­n Pendidikan Jepun, pada tahun 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia